Kalau cuaca tengah sejuk ataupun masa korang demam, sup memang selalu jadi pilihan untuk melegakan badan kan? Memang puas bila dapat hirup sup panas-panas!
Kadang-kadang untuk masak sup memerlukan banyak bahan dan juga masa yang agak lama untuk pastikan segala rempah betul-betul meresap, barulah menjadi! Sebab tu juga, ramai yang terus order je dari kedai, senang…
Walau bagaimanapun, baru-baru ni kecoh di media sosial apabila seorang individu berkongsikan kisah mengejut apabila dia memanaskan sup perut yang dibeli.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1530868861394128896?t=PtobABgMjUlgIcq4BOzQZw&s=19
Menerusi posting asal yang dibuat di Facebook, difahamkan individu yang dikenali sebagai Annisa ini memberitahu bahawa dia terhidu bau busuk sebaik saja memanaskan semula sup yang dibeli dengan harga RM20.
“Perut bulat penuh tahi”
Ternyata, bau busuk itu terhasil daripada najis yang terkumpul dalam lauk perut yang dibeli. Lebih mengejutkan tahi tersebut penuh dalam organ itu difahamkan akibat tak dicuci dengan betul.
“Time nak panaskan sup tu bau busuk. tengok2 ada 2 ketul perut bulat penuh taik” – Tulis Annisa
Namun, apabila Annisa menelefon peniaga sup perut itu untuk memberitahu tentang kejadian tersebut, ini jawapan selamba peniaga itu…
“Dia cakap tu lemak dalam perut, macam lah kita ni tak pandai beza lemak dengan taik” – Luah Annisa
“Bahagian perut ni kena cuci betul-betul, kalau tak…”
Perkongsian itu telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengguna media sosial yang lain kerana rata-rata mengatakan bahawa kejadian tersebut tak sepatutnya berlaku apatah lagi dibuat sebagai lauk berniaga.
Tak kurang juga yang mengatakan bahawa kejadian ini seharusnya dijadikan sebagai pengajaran terutamanya untuk peniaga-peniaga lain supaya memastikan kebersihan setiap makanan yang dijual kepada pelanggan.
Korang yang lain pun, pastikan tengok betul-betul setiap lauk yang korang ambil tu okay?
Baca: “Sampainya hati” – Gadis Terkejut Peniaga Bazar Menipu, Tergamak Jual Rangka Ayam Tak Disiang?