in

“Tiada rekod” – Suspek Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Tak Pernah Terima Rawatan Mental

Suspek Langgar Pelajar Uitm Dungun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita disyaki mengalami masalah mental, yang merempuh dua buah motosikal sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, direman selama empat hari bermula Khamis.

Perintah reman terhadap suspek berusia 49 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.


Suspek yang merupakan seorang suri rumah itu didapati tidak pernah menerima rawatan kesihatan di negeri berkenaan, lapor Kosmo!

Artikel berkaitan: Imam Terhenti Bacaan Doa, Tahan Rasa Sayu Selepas Solat Jenazah 3 Mangsa Dirempuh SUV

Artikel berkaitan: Langgar Pelajar UiTM Dungun Hingga Meninggal Dunia, Video Gelagat Wanita Disyaki Kurang Siuman Tular

81728536288 Tbdungunlanggar

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, berdasarkan semakan, tiada rekod rawatan kesihatan mental bagi suspek berusia 49 tahun itu dijumpai di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri ini.

“Begitupun, kita tidak pasti sama ada wanita tersebut pernah mendapat rawatan mental di negeri-negeri lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan yang merupakan satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas rempuhan kenderaan SUV Honda CR-V berhampiran kampus berkenaan dilaporkan semakin stabil.

Dia bagaimanapun dimaklumkan masih trauma dengan nahas yang menimpa selain terkejut serta bersedih apabila dimaklumkan tiga rakannya terkorban dalam nahas terbabit.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.