in

“Tiada kuasa diberikan kepada mana-mana pihak pengurusan kondominium” – Ismail Sabri Tegaskan Hanya PDRM Ada Kuasa Bagi Kompaun

Saman2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa hanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun jika kepada individu yang ingkar SOP.


Arahan pelitup muka pula adalah di bawah Akta 342 Kementerian Kesihatan (KKM) dan tindakan pengeluaran kompaun hanya boleh dibuat oleh PDRM.

Setakat ini tiada sebarang kuasa diberikan kepada mana-mana pihak pengurusan kondominium, pangsapuri atau pejabat untuk mengeluarkan kompaun terhadap kegagalan mematuhi SOP.”

Tambah Ismail Sabri,  sekiranya ia termaktub di bawah peraturan ditetapkan oleh pengurusan maka mereka boleh ambil tindakan contohnya kejadian vendalisme dan sebagainya, namun sekiranya berkaitan SOP, ia bukan di bawah kuasa mereka,” lapor Sinar Harian.

Ia dijelaskan ketika diminta untukk mengulas berhubung kes yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia setahun dikompaun RM100 oleh pihak pengurusan sebuah kondominium di Ampang kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam lif semalam.

Ismail Sabri turut menyifatkan kejadian tersebut sebagai tidak munasabah dan salah.

“Hanya polis ada kuasa keluarkan kompaun dan tindakan pengurusan kondominium itu adalah salah, jadi saya harap mereka tarik balik kompaun tersebut kerana bagi saya tindakan itu adalah tidak munasabah.” 

 

Baca : “Management buat undang-undang sendiri” – Kanak-Kanak Umur 1 Tahun Disaman Pihak Pengurusan Kondo Kerana Tak Pakai Mask

Saman 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.