in

“Tiada istilah diketepikan, Johor terima dana lebih tinggi dari Selangor”- Pakar Ekonomi

Johor Terima Dana Persekutuan Tertinggi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut seorang ahli ekonomi, Johor menerima dana lebih tinggi untuk tahun 2022 berbanding Selangor dan secara tak langsung menolak tanggapan bahawa Johor telah diketepikan dari segi penerimaan dana persekutuan.



Menurut laporan FMT, perkara tersebut didedahkan oleh seorang ahli ekonomi dari Universiti Tun Razak selain memberitahu perkara sebaliknya. Ini kerana, tahun 2022 menyaksikan Johor menerima dana tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Sebagai contoh yang diberikan oleh Profesor Emiritus Barjoyai Bardai tersebut, Johor menerima dana sebanyak RM865 juta, lebih 3 juta daripada dana yang diterima oleh kerajaan Selangor iaitu sebanyak RM852 juta.

Baryojai2

“Jadi, Johor tidak diketepikan dari segi peruntukan bajet”

Tambahnya lagi, negeri yang menerima dana paling kecil adalah Perlis dengan RM138 juta manakala Kelantan pula terima RM331 juta.

Menjelaskan perkara tersebut, sorang lagi pakar dari Universiti Sunway, Prefesor Dr. Yeah Kim Leng berkata bahawa kerajaan akan memperuntukkan bajet berdasarkan pendapatan per kapita.

Dalam erti kata lain, negeri yang kurang berpendapatan seperti Sabah dan Sarawak akan menerima bajet yang lebih bagi membolehkan mereka bersaing dengan negeri yang berpendapatan tinggi seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Sultan Ibrahim Persidangan Dun Johor

Namun, beliau tidak menolak yang kerajaan perlu mempertimbangkan untuk meningkatkan lagi dana untuk kerajaan Johor seperti yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 baru-baru ini.

Kerajaan juga perlu mempertimbangkan pelaburan yang mempunyai kesan pengganda tinggi, seperti mewujudkan industri bernilai tinggi dan pekerjaan berkemahiran tinggi, tambahnya lagi.

Jumaat lalu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda merasakan Johor dilayan seperti anak tiri dari segi peruntukan persekutuan yang menurutnya “sangat tidak seimbang” jika dibandingkan dengan  RM13 bilion yang disumbangkan Johor kepada tabung persekutuan setiap tahun.

Difahamkan, baginda juga tidak berpuas hati dengan keadaan bangunan dan kemudahan persekutuan, dan janji yang tidak ditunaikan tentang memperluaskan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Senai-Desaru.

Baca : “Jangan sampai rakyat Johor desak untuk keluar dari Malaysia” – Sultan Johor

Untitled Design 2022 06 16T154902.936

Sumber: The Vibes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.