in

“Kembang tekak tengok” – Rebus Telur Untuk Dimakan, Tapi Terkejut Tengok Telur Jadi ‘Cacing’

Feature 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam masakan yang kita boleh buat dengan menggunakan telur ayam kan? Boleh buat telur mata, sandwich telur, scramble eggs dan telur separuh masak. Lima minit je dah boleh siap masak.



Namun, kalau korang tak check dulu keadaan telur tu, bahan masakan tersebut boleh menyebabkan kita keracunan makanan. Macam yang terjadi pada seorang wanita di Thailand ni. Menurut Nation Thailand, Rangsiya Sara-uppatham yang berusia 34 tahun telah merebus telur yang dibeli dari pasar raya Tesco Lotus.

Tapi, dia terkejut sebab isi telur yang direbus tu tiba-tiba jadi macam cacing. Eww, kembang tekak la pulak tengok ni. 

Telur 1

Nasib baik sehari lepas tu pihak pasar raya dan Jabatan Kawalan Penyakit sudah pun menghantar telur terbabit ke makmal untuk uji kaji.

Rupanya tu bukan cacing pun sebab menurut Dr Taweesak Songserm dari Kasetsart University, tekstur pelik itu sebenarnya telah disebabkan oleh tisu telur yang sudah dirosakkan oleh kuantiti bakteria yang tinggi. Sebab tu lah isi telur tu bertukar jadi pelik. 

Telur 2 1

Tambahnya lagi, cacing tak boleh mencemari telur. Katanya, telur kan berkulit keras jadi mustahil untuk cacing masuk ke dalam telur.

Apa-apa pun, jangan lupa check dulu telur sebelum makan. Tak pasal-pasal sakit perut nanti. 

Baca: “Boleh bawa maut” – Jangan Ambil Mudah! Ini Tanda-tanda Telur Dah Rosak

Telur 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.