in

“This is how our film industry became a laughing stock” – Kelakar! Dewi Remaja Dipasang Mesin Salah Masa Tonton Filem Pusaka

Driz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah berada di pawagam semenjak 31 Oktober lalu, filem Pusaka mencipta fenomena tersendiri apabila lakonan Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikatakan berjaya menghidupkan setiap sisi filem berkenaan.


Ketika sedang rancak orang duk bercerita mengenai kehebatan filem arahan Razaisyam Rashid itu, ada pula cerita kelakar mengenainya.

Seorang doktor perubatan, Dr Muhammad Izzat menerusi Facebook tampil ‘menegur’ sebuah portal yang memberikan maklumat kurang tepat mengenai alatan perubatan ketika ingin melihat tahap ketakutan Dewi Remaja semasa menonton filem berkenaan.

Egwhd3Pvuaakjv4
Sumber: instagram

Menurut Dr Izzat, yang juga doktor perunding kesihatan wanita dan kehamilan, alat yang dipasang pada Dewi Remaja berkenaan adalah Cardiac Monitor dan bukan ECG seperti yang didakwa – untuk mengukur tahap oksigen dalam badan.

Jelasnya, mesin ECG memerlukan kabel yang dilekatkan dibahagian dada individu untuk mengesan dan memberi maklumat mengenai sistem konduksi jantung – aktiviti elektrik yang berlaku sekaligus boleh memberitahu tahap kesihatan jantung.

75285817 10215972287123567 6919177105376804864 O

“Ni nak perbetulkan sedikit yang mana kurang tepat. Kat hujung jari dia tu bentuk macam sepit tu dipanggil probe. Probe kat hujung jari tu boleh kesan tahap oksigen dalam badan ( oxygen saturation) dan dalam masa yang sama boleh tahu nadi (pulse rate). 

“Ada jugak kabel atau pad yg perlu dilekatkan pada dada – dalam kes ini, tidak kelihatan. Hanya probe pada hujung jari sahaja yang nampak. So far belum ada lagi teknologi pelekat atau elektrod pada dada yang wireless ?.

Filem Pusaka 2019 840X400

“Saya faham apa yang cuba dimaksudkan oleh Astro Gempak & Astro Shaw Sdn Bhd – Bila tonton cerita seram atau hantu, perasan takut dan cemas tu boleh sebabkan nadi laju disebabkan pengaktifan sistem saraf simpatetik dalam badan. Tu yang boleh nampak nadi laju pada mesin.

“Cuma ECG ni lain fungsinya. Ada kabel atau pad perlu dilekatkan pada dada (bukan seperti cardiac monitor) untuk memberikan maklumat mengenai sistem konduksi jantung – aktiviti elektrik yang berlaku sekaligus boleh memberitahu tahap kesihatan jantung.

“Memang seram cerita Pusaka ni, dalam rendisi dan kualiti yang tersendiri. Saya dah tonton masa hari pertama launching! Tapi, wayar berselirat dengan penamaan mesin yang kurang tepat adalah lebih menyeramkan!’ katanya.

Hmm macam macam korang ni.. kelakar pun ada!

Baca: 5 Fakta Kenapa Syafiq Kyle Ciri-Ciri Suami Wanita Malaya

Sya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.