5 Fakta Kenapa Syafiq Kyle Ciri-ciri Suami Idaman Wanita Malaya

Siapa tak kenal dengan aktor kacak Syafiq Kyle atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak yang menjadi kegilaan para gadis-gadis di seantaro Malaysia.

Setiap kemunculannya di layar perak pasti mendapat perhatian dan tempat di hati peminat tempatan. Malah drama sensasi dan kontroversi Nur yang mencatat kutipan 11 juta tontonan juga dilakonkan Syafiq Kyle yang memegang watak sebagai Ustaz Adam.

Terbaru pelakon sensasi ini turut membintangi drama popular Nur 2 yang ditayangkan bermula awal April lalu dengan sekali lagi melakonkan watak sebagai Ustaz Adam.

Sumber : iflix

So disebabkan itu maka ramailah yang jatuh hati pada pelakon lelaki popular ini malah rata-rata ibu di luar sana melihat Syafiq sebagai calon menantu pilihan mereka..Mesti korang nak tau kenapa kan?

5 Fakta Kenapa Syafiq Kyle Ciri-ciri Suami Idaman Wanita Malaya.

1. Hensem & sedap mata memandang

Well taknak cakap banyak, admin rasa ni faktor utama kenapa ramai gegadis kat luar sana tangkap cintan dengan ustaz adam ni. Malah ramai yang meletakkan Syafiq Kyle sebagai ‘Hero Malaya’ sama seperti Rosyam Nor dan Remy Ishak bukan semata-mata disebabkan mutu lakonannya sebaliknya juga faktor raut wajahnya yang nampak memang melayu habis.

Sumber : Instagram

2. Pandai ambil hati orang tua

Untuk memenuhi ciri-ciri suami idaman, faktor ni antara yang terpenting dan perlu diambil berat. Orang kata kalau nak ambil hati anak, kena ambil hati mak bapak dulu. So no wonder gadis-gadis dan wanita di Malaysia ni letakkan Syafiq Kyle sebagai ‘suami idaman’ sebab mereka nampak Naib Juara Hero Remaja 2012 ada ‘personaliti’ tersebut.

Rasanya korang boleh tengok sendiri di media-media sosial khususnya yang Syafiq Kyle tak kekok untuk bertegur sapa dengan mereka yang lebih tua.

Sumber : Instagram

3. Karier tetap, nama semakin melonjak dalam industri

Boleh dikatakan rata-rata drama yang dilakonkan Syafiq Kyle mesti hits dan trending di media sosial.

Antara drama popular yang pernah dilakonkan Syafiq Kyle seperti Iparku Diva, Tanah Kubur, Kampung Girl, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Suamiku Paling Sweet, Mencintaimu Mr Photographer, Tak Ada Cinta Sepertimu dan banyak lagi.

Malah disebabkan popularitinya yang semakin meningkat, wajah Syafiq Kyle seringkali boleh dilihat di iklan-iklan dan turut dipilih sebagai duta kepada produk tertentu.

Sumber : Instagram

4. Romantis

Amat jarang kita nampak Syafiq Kyle lakonkan watak jahat, atau gangster makna kata lain watak antagonis lah. Biasanya watak yang dimainkan Syafiq Kyle mesti menggambarkan seorang yang baik, macho, gentleman, romantis alim dan lain-lain.

Mungkin ia kena dengan personaliti Syafiq Kyle yang nampak lembut dan soft spoken. Sebab tu lah dengar suara pun dah ramai yang jatuh hati..yeke macam tu?

Sumber : Instagram

5. Perangai tak sama macam Ustaz Adam

Korang jangan salah faham pulak baca point kelima ni, actually apa yang admin nak sampaikan ialah Syafiq Kyle sewaktu ditemubual ada cakap yang dia nak jadi macam Ustaz Adam (watak yang dia lakonkan)

So confirm lepas ni makin ramai lah yang jatuh hati kat Syafiq Kyle.

Macam korang tau Nur diangkat sebagai drama melayu paling kontroversi sepanjang tahun 2018 dengan jumlah tontonan sebanyak 11 juta..Well kan Syafiq Kyle jadi Ustaz Adam dalam drama tu.

Nur juga raih 3 trofi pada Anugerah Skrin 2018 iaitu dalam kategori Drama Rantaian Terbaik kategori Bahasa Melayu serta Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Boleh tengok sekuel Nur, Nur 2 kat iflix secara percuma!!!

So atas permintaan ramai, tahun ini drama Nur 2 tampil sebagai sekuel Nur yang menjanjikan lebih banyak plot menarik, debaran dan kontroversi untuk tontonan umum malah sebelum memulakan siaran, Nur 2 menjadi trending di twitter.

Sumber : iflix

 

Mesti ramai yang merindui Syafiq Kyle kan? Kalau boleh nak tengok hari-hari. Tak perlu risau kalau terlepas tengok drama ni sebab korang boleh tengok kat iflix pada bila-bila masa dan ikut keselesaan korang.

Sebab iflix dah umumkan kerjasama dengan Primeworks Distributon, so lepas ni korang dah boleh tonton Nur 2 kat iflix secara percuma tau.

So korang tak perlu gelabah lah kalau terlepas ke apa sebab iflix akan tayangkan drama sensasi tersebut di platformnya setiap Selasa hingga Jumaat pukul 12 tengah malam.

Tak risau dah la kalau terlepas drama Nur 2 lepas ni, yahooo!

Lobak Merah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu viral setiap hari.