in

“The real hero!” – [Video] Aksi Tangkas Penguatkuasa MBJB ‘Berkas’ Peragut Dipuji Ramai

Gambar hiasan 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Hero of the day!’

Itu antara respon netizen berkenaan video ragut di kawasan rumah kedai Taman Mount Austin, Johor Bahru yang tular sejak semalam. Tindakan berani anggota Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) yang ‘menerkam’ peragut itu sekali gus meraih pujian orang ramai.


Menurut Metro, kejadian ragut itu berlaku pada pukul 1 petang ketika Shazrin Hafeez, 26, sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian. Tiba-tiba dia terdengar jeritan minta tolong seorang wanita dan pada masa sama, ternampak peragut terjatuh dari motosikal selepas meragut wanita terbabit.

Dia turut menjelaskan bahawa ketika itu dia tidak kisah apa akan berlaku pada dirinya, asalkan dia dapat menumpaskan peragut tersebut. Wow! Berani betul brader ni!

 

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1300715942695989254

Pun begitu Shazrin menafikan tentang khabar ‘flying kick’ yang dilakukan sebaliknya, dia menjelaskan bahawa dia terus berlari ke arah peragut dan terus terkam sehingga dia bersama peragut itu terjatuh.

Semua itu dengan bantuan orang awam yang berada di sekitar kawasan yang turut membantu bersama menangkap peragut terbabit”

Tindakan penguatkuasa MBJB itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji sifat berani dan tangkas lelaki itu.

1 1

2 1

Dilaporkan peragut tersebut sudah diserahkan kepada pihak polis dan laporan kejadian sudah dibuat, namun status hukuman terhadap peragut itu masih belum dikenalpasti.

Terbaik ah brader!

 

Baca: [Video] Humanity Restored! Orang Awam Bantu Penguatkuasa Tumpaskan Peragut

fb

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.