in

The Knights Award Kembali Lagi! Pencalonan Bagi Semua Pemain Industri Kini Dibuka

Ft Group Photo Knights Award

The Knights Award edisi kedua kini kembali!

Majlis anugerah yang penuh prestij itu telah dilancarkan secara rasmi baru-baru ini di Chakri Raintree Skybar, Dorsett Hartamas. Ia merupakan insiatif yang dijalankan bagi mengiktiraf syarikat-syarikat dan juga usahawan yang cemerlang di seluruh Asia Tenggara.

Susulan sambutan yang amat menggalakkan pada edisi pertamanya, The Knights Award kembali lagi untuk musim ke-2 dengan pelbagai anugerah yang akan disampaikan dalam majlis yang dijangka berlangsung pada Disember 2023.

Disokong penuh oleh Penaung Diraja, Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang diperakui sebagai Bapa Pembangunan Ekonomi Malaysia, beliau turut menggesa komuniti perniagaan supaya mengambil bahagian dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan komuniti perniagaan dan masyarakat secara amnya.

338196609 946987553381772 8748891937510828822 N

Menerusi sidang media yang berlangsung tersebut, anugerah berprestij The Knights Award ini bertujuan untuk memperkasakan perniagaan yang cemerlang terutamanya Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) dengan penjenamaan serta hubungan yang sepatutnya untuk memberikan kelebihan dalam persaingan perniagaan.

Dalam masa yang sama, anugerah ini juga bakal mencipta platform rangkaian elit bagi membolehkan pelbagai bentuk kerjasama merentasi sempadan dan industri bagi pendedahan pasaran yang maksimum.

Qa

Selain peluang menjalinkan hubungan baharu dengan pemilik perniagaan lain, majlis yang diadakan nanti juga bakal menjadi platform untuk berinteraksi dalam kalangan pemilik perniagaan dan membuka peluang untuk sesi perkongsian serta peluang berkolaborasi dengan perniagaan lain.

“Kami percaya bahawa setiap usahawan berhak mendapat pengiktirafan dan galakan untuk berjaya. Oleh itu, kami menggalakkan semua usahawan untuk menyertai Anugerah The Knights 2023. Pencalonan Anugerah Knights Season2 dibuka sekarang, dan kami menjemput semua usahawan untuk menghantar penyertaan mereka sebelum November 2023 “ – Dr Zyro Wong

The Knights Award juga mengharapkan platform yang tersedia ini bakal dimanfaatkan oleh para pemilik perniagaan untuk dijadikan inspirasi serta pemangkin motivasi untuk mencapai matlamat perniagaan mereka tanpa mengira saiz syarikat mahupun industri.

Terdapat 3 kategori pengiktirafan akan diberikan iaitu The DUKE, The EARL, dan juga The BARON. Sebagai contoh, antara anugerah yang akan diberikan melalui kategori The DUKE termasuklah, Top CEO Of The Year, Top Workplace Of The Year dan lain-lain.

The Knights Award kini sedang menerima pencalonan bagi anugerah-anugerah yang dipertandingkan merangkumi pelbagai industri seperti contoh yang disenaraikan seperti di bawah :

Screenshot 2023 09 26 105500

Sempena sidang media yang didakan baru-baru ini, The Knights Award turut mengadakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) iaitu : 

The Knights Award x Malaysia-China Silk Route Business Chamber

Mou 1

MOU ini bertujuan untuk memudahkan penerima anugerah  dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa, khususnya di pasaran China.

 

The Knights Award x Influasia Sdn. Bhd 

Mou 2

MOU yang ditandatangani ini bakal meningkatkan pendedahan dan keberadaan pemenang anugerah dalam industri menerusi platform media premier Malaysia. 

dan juga;

The Knights Award x Chamrun Digital Group 

Mou 3

MOU yang ditandantangani ini akan menyokong usaha transformasi digital pemenang anugerah bagi meningkatkan kebolehan persaingan dalam era teknologi. 

Setiap usahawan berhak mendapat pengiktirafan dan galakan untuk berjaya. Diumumkan bahawa penyertaan kini dibuka dan para usahawan boleh menghantar penyertaan mereka di www.theknightsaward.com atau hubungi pengarah komunikasi mereka seperti di bawah : 

Gabriel
Pengarah Komunikasi
Telefon: +60 11 2332 3671
Email: contact@theknightsaward.com

Website: www.theknightsaward.com

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang kemas kini, boleh ikuti laman sosial The Knights Award di Facebook dan juga Instagram.