in

“That’s all I need” – Muat Naik Posting ‘Bersemut’ Puji Isteri, Aiman Hakim Ridza Buat Netizen Jeles!

Aiman Hakim Ridza Zahirah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti tidak mengendahkan kata-kata hinaan dan tuduhan yang dilemparkan pelakon Fathia Latiff terhadapnya, Aiman Hakim Ridza membuktikan ikatan perkahwinan dan hubungannya masih utuh dengan isteri, Zahirah MacWilson menerusi satu posting di Instagram ini.


Menerusi perkongsian itu, Aiman yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-35 pada 17 Januari lepas mengakui bahawa Zahirah adalah hadiah hari jadinya yang terbaik setakat ini.

Aiman juga memuji isterinya sebagai seorang wanita yang hebat dan ibu yang terbaik buat anak mereka Isaac. Tambahnya lagi, Zahirah adalah satu-satunya perkara yang dia perlukan pada masa ini.

Artikel berkaitan: Fathia Latiff Tak Mengaku Ganggu Rumah Tangga Orang, Akui Ada Simpan Dendam Dengan Aiman Hakim Ridza

Artikel berkaitan: “Bersabarlah Zahirah dan Aiman” – Dihina Muka Macam Bibik, Ibu Zahirah MacWilson Hampa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza)

Dan tetap menjadi hadiah hari lahir yang terbaik setakat ini. Terima kasih kerana menjadi wanita yang hebat dan ibu kepada Isaac. Itu saja yang saya perlukan,” tulisnya.

Posting ini juga mendapat balasan komen daripada Zahirah yang bertulis,

Awak saja yang saya perlukan! Love you sayang & suka sudut ini!” 

“Adoi caption Aiman. Bersemut weh!” 

Posting berkenaan sudah pastinya mendapat pelbagai respon netizen yang mendoakan semoga hubungan pasangan ini berkekalan dan ‘cemburu’ melihat kemesraan mereka berdua walaupun dilanda ujian ketika ini.

Aiman Kapsyen

Sweet betul Aiman ni! Ramai yang jeles tengok. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.