in

Teruja Nak Ada Adik. Tapi Malangnya…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak sedih bila kehilangan orang yang tersayang. Tapi sebagai umat Islam, kita perlu menerima pemergian seseorang kerana Tuhan lebih sayangkan mereka.


Walau bagaimanapun, bukan semua yang dapat menerima takdir ini tambah-tambah pulak anak yang masih kecil dan perlukan kasih sayang ibu dan bapa mereka. Tapi lain pula cerita dengan budak lelaki ni yang tabah dan faham bahawa pemergian ibunya adalah kehendak Yang Maha Esa.

Seorang individu bernama Khyril telah berkongsi di Twitter kisah seorang kanak-kanak lelaki yang juga merupakan dua pupunya, excited nak dapat adik baru. Tapi malangnya, bukan setakat adik barunya je yang tak dapat melihat dunia, ibunya juga turut ikut sama menghadap Ilahi.

Sumber: Twitter

Pada usia yang masih muda tu, pemergian ibunya pasti memberi tamparan yang hebat, tapi menurut Khyril, budak berkenaan boleh menerima ketentuan ini dengan baik. Katanya,

“Dia kehilangan mak dan adiknya, tapi dia masih positif. Apa yang dia cakap dengan papa dia betul-betul mematahkan hati saya.”

Hati mana tak luruh bila budak kecil ini luahkan kata-kata macam ni,

“Mama dengan adik tunggu kat syurga eh? Tunggu kita datang kan?”

Sumber: Twitter

Allahu! Khyril turut berkongsi gambar budak lelaki tersebut yang tidur di samping jasad mama serta adiknya dan kata Khyril,

“Tak tau nak cakap apa. Sedih sangat bila dia cakap macam tu.”

Sumber: Twitter

Sedihnya. Nampaknya orang ramai yang melihat tweet ini turut menyampaikan rasa simpati kepada adik ni.

Sumber: Twitter

Semoga adik ni terus tabah menghadapi dugaan. Takziah kepada keluarga ni.

Baca: Sedih… Ibu Ini Hanya Sempat Menyusukan Anak Baru Lahir Beberapa Hari Sebelum Lumpuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.