in

“Tersasar niat asal” – Netizen Terhibur Tengok Scammer Berborak Dengan Budak

Ft Scammer Borak Dengan Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam-macam taktik scammer zaman sekarang yang licik memperdaya orang ramai, namun ada juga yang berjaya membuatkan scammer tersebut terjerat semula dengan permainan si mangsa.


Sama seperti situasi ini di mana scammer tersebut terlalai seketika apabila mangsa menggunakan anak kecilnya untuk menjawab panggilan. Rasa geli hati pun ada dengar scammer cakap pelat-pelat manja dengan budak.

Artikel Berkaitan : “Tertunduk ‘scammer’ kena ayat!”- Lelaki Menyamar, Tawar Gaji Puluhan Ribu Pada Wanita ‘Scammer’

Artikel Berkaitan : Hati-hati Kongsi Gambar & Video Anak Di Socmed, Boleh Jadi Bahan Penipuan ‘Scammer’ & AI

“Adik duduk mana ni? Yong Peng, Perak lah?” – Scammer

Menurut Iman Amira, dia menerima satu panggilan yang mengatakan bahawa dia ada satu barang yang tidak dituntut sebelum diarahkan untuk menekan 0.

Pada awalnya dia terdengar suara seorang wanita India bercakap, namun selepas mendegar suara anak kecil, panggilan itu dialihkan kepada seorang lelaki melayu yang menamakan dirinya sebagai Asyraf ini.

Dilihat anak kecil itu mahu mematikan panggilan kerana mahu main game, tetapi scammer tersebut meminta agar panggilan itu jangan dihentikan.

Saat anak kecil tersebut bertanyakan nama scammer tersebut, dia memperkenalkan dirinya sebagai Asyraf dan apa yang lebih memalukan lagi, Asyraf mengatakan Yong Peng terletak di Perak ketika membalas jawapan tempat tinggal anak kecil tersebut.

Malas nak layan kerenah, Iman Amira terus mematikan paggilan daripada scammer tersebut.

@i.strawberryx

Scammer call mula2 ” anda ada barang yang tidak dituntut di poslaju ” . Then tekan 0 . Pada awal2 perempuan india yang cakap dlu , lepastu dia dgr budak yg angkat . Dia terus pass dkt lelaki melayu ni . Eh die ajak borak pulak ? DASAR SCAMMER #scammer

♬ original sound – • IMAN AMIRA • – • IMAN AMIRA •

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen geli hati mendengar kata-kata scammer itu yang kedengaran begitu yakin mengatakan Yong Peng terletak di Perak serta ragam scammer yang berusaha mahu memperdayakan mangsa sampai sanggup melayan kanak-kanak.

Screenshot 2023 10 26 112548 Screenshot 2023 10 26 112617 Screenshot 2023 10 26 112652

Alahai, siap ada netizen yang cair dengar suara si scammer tu. Tak apalah Perak pun Perak lah, bagi lah kredit sikit sebab suka layan budak walaupun tengah buat kerja tak elok.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.