Tersalah Lepaskan B*m Di Kawasan Perumahan, Juruterbang Tentera Udara Korea Selatan Berdepan Hukuman Berat

Tambah ke Sumber Pilihan
Korea Selatan

Tentera Udara Korea Selatan menggantung tugas dua juruterbang selama setahun selepas insiden pengeboman tersasar yang mencederakan puluhan penduduk di sebuah perkampungan awam awal bulan ini.

Keputusan itu diumumkan pada Jumaat susulan siasatan awal yang mendapati kesilapan dalam memasukkan koordinat sasaran menjadi punca utama kejadian.


Screenshot 2025 03 22 At 3.01.08 Pm

Memetik laporan Astro Awani, insiden itu berlaku pada 6 Mac apabila dua buah jet pejuang KF-16 menjatuhkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul. Letupan itu menyebabkan 52 orang cedera, termasuk 38 orang awam.

Screenshot 2025 03 22 At 3.01.29 Pm

Artikel berkaitan: Tentera Udara Thailand Guna Jalan Kampung Sebagai Landasan Jet Pejuang

Artikel berkaitan: Nahas Jeju Air Mungkin Berpunca Dari ‘Bird strike’, Penyiasat Temui Bulu Burung Dalam Enjin Pesawat

Tentera Udara mendakwa kedua-dua juruterbang tersebut atas tuduhan kecuaian yang mengakibatkan kecederaan orang awam dan sedang menjalankan semakan kelayakan mereka.

Hukuman penggantungan tugas itu dibuat sementara siasatan lanjut dijalankan oleh Kementerian Pertahanan, dengan kemungkinan tindakan disiplin tambahan selepas laporan penuh dikeluarkan.

Screenshot 2025 03 22 At 3.02.13 Pm

Selain itu, dua komander unit turut dipecat kerana gagal memberikan arahan jelas kepada anggota bawahan, menunjukkan kegagalan dalam prosedur kawalan dan latihan ketenteraan.

Pihak Tentera Udara Korea Selatan juga menegaskan bahawa langkah-langkah tambahan akan diambil bagi memastikan insiden serupa tidak berulang pada masa hadapan.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tersalah Lepaskan B*m Di Kawasan Perumahan, Juruterbang Tentera Udara Korea Selatan Berdepan Hukuman Berat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tersalah-lepaskan-bm-di-kawasan-perumahan-juruterbang-tentera-udara-korea-selatan-berdepan-hukuman-berat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM