in

“Kerja gila!” – Pemuda Gemar Aktiviti ‘Ekstrem’ Panjat Tempat Tinggi Tanpa Kelengkapan Keselamatan

Fi Panjat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak memakai sebarang kelengkapan keselamatan dan mungkin memang tiada istilah ‘gayat’ dalam dirinya. Walaupun dah 5 kali masuk lokap, tapi memang tak pernah menjadi penghalang terhadap minat ‘gila’ nya itu.


Panjat 4

Itulah kisah seorang pemuda, Muhammad Faiz Roslee,28, yang pernah tular di media sosial suatu ketika dahulu kerana berani memanjat tanda ‘Ipoh’ di Perak pada tahun 2016.

Menjadikan pelakon antarabangsa Jackie Chan, sebagai idolanya, dan sudah berkecimpung dalam bidang parkour selama 12 tahun sejak berusia 16 tahun.

Terbaharu, tular sekali lagi video pemuda ini yang berada di puncak Jambatan Seri Saujana, Putrajaya dan Stadium Shah Alam.

Memang kerja gila la

“Apa yang saya buat ini dipanggil roof culture. Saya juga buat parkour dan freeruning. Ia merupakan sukan aksi.

“Saya menjadikan Jackie Chan sebagai panduan utama, sebab rujukannya juga ke arah aksi stunt.

“Aktiviti ini melibatkan mental dan fizikal. Jadi ia memerlukan banyak latihan. Saya juga kena latih diri untuk cari keseimbangan badan. Awal-awal dulu memang ketar habis badan.”

Tambahnya lagi, minatnya itu tidak direstui oleh keluarga sebelum ini. Namun lama-kelamaan, dia mendapat sokongan keluarga setelah dia menjelaskan niat di sebalik apa yang dilakukannya itu.”

“Mak ayah mana tak sayang anak? Awal-awal dulu mereka tak sokong. Mereka marah sebab melibatkan keselamatan.

“Sampai keluarga daftarkan insuran untuk saya sebab takut apa-apa terjadi. Tapi saya cuba jelaskan apa yang saya mahu.

“Saya sebenarnya nak beri motivasi kepada orang di luar sana bahawa sesiapa sahaja boleh jadi juara dan tunjukkan keberanian diri.

“Sebelum buat apa-apa pun, saya tak main redah je. Saya akan tengok dulu. Datang tengok lokasi sehari lebih awal. Kemudian esok datang balik untuk buat rakaman.” – katanya.

Menurut pemuda itu lagi, minatnya itu telah membuatkannya ditahan di lokap sebanyak lima kali. Tapi dia menyifatkan itu sebagai asam garam yang perlu dilalui dalam melakukan minatnya itu.

“Saya tak cakap apa yang saya buat itu betul, tapi  saya ada sasaran untuk didik masyarakat di luar sana.”

Dia juga yang ada menyimpan hasrat untuk membuka akademi suatu hari nanti. Tambahnya lagi dia pernah membuka gim pada 2014 tapi terpaksa ditutup tidak lama kemudian.

“Saya juga pernah latih selebriti seperti Hairul Azreen dan Shukri Yahaya” tambahnya lagi.

Dia kini menjadi content creator serta memiliki team produksi sendiri di samping terlibat dalam lapangan kerja berkaitan pengurusan acara.

Pemuda ini banyak berkongsi aktivitinya menerusi Instagram, Tiktok dan juga Youtube.

Macam-macam reaksi

Reak 1 Edit

Reak 3 Edit

Reak 2 Edit

Reak 4 Edit

Baca : Allahuakbar nikmat kaya ; Seterika Lofa Hadiahkan Untuk Nabila Jadi Viral, Netizen Buat Homework Terbeliak Mata Tahu Harga RM12,000

Foot Panjat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.