in

Terpaksa Padam Gambar Yang Disangka Dirinya Hamil, Yuna Mohon Netizen Elak Komen Tahniah

Cats 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, timbul spekulasi tentang penyayi lagu Crush iaitu Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai yang berusia 35 tahun itu dikatakan hamil gara-gara dia memuat naik satu gambar yang menunjukkan bahagian perutnya sedikit berisi.


Disebabkan gambar itu, ramai peminatnya yang mengucapkan tahniah kerana mereka sangka Yuna telah berbadan dua. Tapi, sebenarnya mereka cuma salah faham.

Yunanan

Penyanyi itu terpaksa memadam gambar yang telah dimuat naik dan muat naik semula gambar tersebut sekali lagi. Sebenarnya, Yuna tak mahu komen-komen tahniah di gambar yang dimuat naik pada kali pertama itu menjadi salah faham kepada peminatnya.

“Saya terpaksa muat naik lagi sekali gambar ini disebabkan komen-komen salah faham anda.”

Menerusi perkongsian di Instagram Yuna pada pagi tadi yang mendapat hampir 30 ribu likes itu, Yuna beri penjelasan yang dia tidak hamil tetapi perutnya yang kelihatan berisi itu cuma lunch tummy yang ada sebab dia baru sahaja habis makan ketika itu.

 

Minta netizen lebih sensitif

Selain itu, Yuna juga minta netizen untuk elakkan komen tentang ucapan tahniah pada gambar sesiapa sahaja tanpa ada bukti yang sah seseorang itu hamil atau tidak. Katanya, komen-komen seperti itu boleh jadi sensitif dekat pasangan yang belum bersedia untuk menerima cahaya mata.

Yuyun

“Saya harap anda mungkin boleh elak daripada meninggalkan komen seperti “omg tahniah!!” tanpa mendapat sebarang kepastian daripada gambar yang dimuat naik oleh seseorang itu.”

Katanya lagi, komen-komen sebegitu boleh menggores hati seseorang tanpa kita sedar.

Harap korang lepas ni lebih sensitif tentang perkara macam ni. Kadang kita tak sedar kita ada terguris hati sesiapa. Dah nak ramadhan ni sama-sama la kita bertaubat haa tak ke gitu.

 

Sumber: mStar

Baca:“Depa tak pikiaq”- Cute! Yuna Ajar Followers SocMed Cakap Perlis

Un

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.