in

“Saya tak suka dia” – Kareena Kapoor Kongsi Komen Jujur Tentang Lakonan ‘Teruk’ Salman Khan

Collage 78

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor sering dikenali sebagai seorang individu yang sering cakap lepas bila mengutarakan pendapatnya tentang sesuatu perkara.


Menerusi salah satu temubual, Kareena Kapoor dikatakan telah mengkritik keupayaan lakonan bintang Bollywood terkenal Salman Khan.

Kareena mengatakan, Salman Khan merupakan pelakon yang teruk dan dia sering beritahu Salman sendiri yang lelaki ini sering overacting, lapor Geo News.

47748885.Cms

Saya tak minat Salman langsung. Saya tak suka dia, dia seorang pelakon yang teruk. Saya selalu beritahu dia yang dia sentiasa overacting.”

Sementara itu, Kareena telah memuji Shah Rukh Khan dengan mengatakan yang pelakon itu mampu buat setiap perempuan jatuh cinta.

Kareena Kapoor Akui Paling Kagum Pada Shah Rukh Khan Amitabh Bachchan Iyql0Zymtr

Saya betul-betul jatuh cinta dengannya. Jangan tanya saya pasal dia sebab bila saya dah mula cakap pasal dia saya tak boleh berhenti cakap. Amitabh Bachchan dan Shahrukh merupakan dua pelakon yang saya kagumi.”

Kata Kareena lagi, Shahrukh ada aura yang membuatkan setiap wanita nak bawa dia balik untuk berjumpa keluarga.

Persembahannya sering menyentuh hati saya.”

Pun begitu, Kareena yang beberapa kali pernah bergandingan dengan Salman Khan ini masih menjalinkan hubungan baik dengan pelakon itu. Buktinya, ketika hari lahir Salman tahun lepas, Kareena telah memuat naik gambar Salman dengan memanggilnya “forever superstar”.

Whatsapp Image 2020 12 27 At 2.28.27 Pm

Propa je ni…

 

Baca: Tasik Pangong: Tasik Indah Yang Tercemar Kerana Babak Akhir Filem 3 Idiots

Screenshot 2021 06 29 At 3.15.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.