in

[TERKINI] Satu Lagi Kes Positif Coronavirus Dikesan Di Johor Bahru

Untitled Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lagi pelancong luar dikesan positif jangkitan coronavirus di Johor Bahru.


Bernama melaporkan, perkara itu diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kes terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah individu yang disahkan positif 2019-nCoV setakat ini, adalah seramai empat orang.

Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata — kes yang disahkan petang semalam itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga kes positif yang telah dilaporkan awal pagi semalam.

Katanya, lelaki berkenaan berumur 40 tahun dan berasal dari Wuhan, China. Dia tiba di Johor Bahru pada 22 Januari lalu dengan menaiki bas dari Singapura, bersama 17 pelancong China lain termasuk isteri dan seorang anak.

Difahamkan, lelaki berkenaan dikatakan mengalami gejala demam pada keesokan harinya (23 Januari) dan pergi mendapatkan rawatan sebelum ditahan di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Susulan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor turut bertindak mengesan kesemua 17 kontak lain yang pernah bersama dengan lelaki terbabit untuk melakukan saringan kesihatan ke atas mereka.

Mereka bagaimanapun didapati tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan, namun sampel klinikal telah dibawa untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan coronavirus di MKAK Sungai Buloh.

Langkah Lindungi Diri

 

Baca: [TERKINI] Tiga Warga China Masuk Melalui Johor Bahru Sah Positif Coronavirus!

Untitled Collage 15 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.