in

Dari Kajang Ke Langgak Duta, Ini 8 Perkara Yang Berlaku Sepanjang Proses Tahanan Rumah Najib Razak

Ft Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat di media sosial bila berita bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akhirnya melangkah keluar dari Penjara Kajang untuk menjalani baki hukumannya secara tahanan rumah mula tular.

Dari isu pengumpulan wang denda cecah puluhan juta sampailah ke detik pergerakan konvoi keluar dari penjara, ini kronologi penuh fasa ke fasa proses Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan di rumah.


Artikel berkaitan : Najib Razak Dijangka ‘Pulang’ Ke Rumah Petang Ini? Rosmah Pula Dakwa Tak Tahu Ada Wakil Bayar Denda RM50 Juta

Artikel berkaitan : Lelaki Derma RM10,000 Kepada Najib Razak, Ingin Balas Jasa Pernah Dibebaskan Awal Dari Tahanan

1. Pengampunan bersyarat: Denda RM50 juta

Ianya bermula selepas Najib sebelum ini telah menerima pengampunan bersyarat lanjut yang membenarkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara sehingga 23 Ogos 2028 di bawah tahanan rumah (home detention).

Namun, pelepasan itu ada syarat utamanya: beliau diwajibkan menyelesaikan baki denda mahkamah berjumlah RM50 juta serta mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan Lembaga Pengampunan.

2. UMNO kumpul dana & selesaikan bayaran denda RM50 juta

Bukan jumlah yang kecil, bayaran denda RM50 juta tersebut akhirnya diselesaikan hasil tabung solidariti dan inisiatif kepimpinan UMNO bagi membolehkan bekas presiden parti ini menjalani tahanan rumah.

Bayaran tersebut dikatakan diselesaikan di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Screenshot 2026 11 06 172011

3. Rosmah tak tahu ada dua individu tolong bayarkan

Di tengah-tengah kehangatan berita wang denda sedang diuruskan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, timbul tanda tanya mengenai siapa individu sebenar yang tampil membuat pembayaran.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, tampil menafikan laporan awal dan menegaskan beliau langsung tidak mempunyai maklumat atau tidak tahu-menahu mengenai kehadiran dua individu/wakil yang dilaporkan hadir bagi menyelesaikan denda berkenaan bagi pihak suaminya.

Bh06Rosmahi O Bhfield Image Listing Featured V2.Var 1793933116

4. Peguam kemuka perintah & resit pelepasan kepada pihak penjara

Sebaik urusan transaksi dan dokumentasi rasmi selesai di kaunter mahkamah, pasukan peguam bela menyerahkan dokumen bukti resit pembayaran serta perintah pelepasan tahanan rumah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada pihak Jabatan Penjara.

Langkah ini adalah prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan pihak pengurusan penjara memproses dokumentasi pemindahan banduan ke status tahanan rumah secara sah dari sudut undang-undang.

5. Najib dibawa keluar dari Penjara Kajang

Selepas segala urusan pentadbiran dan pengesahan dokumentasi selesai, Najib akhirnya dibawa keluar dari pekarangan Penjara Kajang.

Beliau dilihat meninggalkan kawasan penjara dengan menaiki kenderaan diiringi konvoi keselamatan ketat pihak berkuasa dan Jabatan Penjara bagi mengelakkan kesesakan pengamal media dan penyokong yang menanti di luar pagar.

Screenshot 2026 11 06 171815

6. Najib diarah jalani pemeriksaan dahulu sebelum dapat pulang

Bekas Perdana Menteri itu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur untuk menjalani hukuman tahanan rumah. Sumber memaklumkan, pemeriksaan kesihatan itu perlu diselesaikan sebelum Najib dibawa ke kediaman ‘berkenaan.’

Whatsapp Image 2026 11 06 At 4.17.10 Pm

7. Pelaksanaan tahanan di rumah wajar ditangguhkan – Peguam Negara 

Pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September 2026. Penangguhan itu dibuat susulan persoalan perundangan selepas Najib melunaskan denda RM50 juta bagi kes SRC International.

AGC memaklumkan terdapat dua tafsiran berhubung pembayaran denda tersebut, iaitu sama ada ia hanya memenuhi syarat pembayaran denda sementara baki hukuman penjara perlu diteruskan sehingga 23 Ogos 2028, atau keseluruhan hukuman termasuk penjara dianggap selesai selepas denda dijelaskan.

Sehubungan itu, status penahanan Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada sehingga penelitian dan penjelasan lanjut selesai bagi memastikan pelaksanaan titah diraja serta perintah mahkamah selaras dengan kedudukan undang-undang.

8. Tiba di kediaman: Jalani tahanan rumah di bawah pengawasan ketat

Screenshot 2026 11 11 113339

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya di Taman Duta, pada jam 9.27 malam, Selasa, bagi menjalani baki hukuman penjara.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dibawa dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dengan diiringi beberapa kenderaan daripada Jabatan Penjara serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kehadiran Najib ‘disambut’ puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang ‘setia’ menunggu ketibaan beliau seawal jam 9 pagi tadi.

Selain pengamal media, terdapat kenderaan daripada pasukan PDRM dan Jabatan Penjara turut berada di sekitar kediaman Najib bagi kawalan keselamatan.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian, Astro Awani, Kosmo!, Astro Awani 2,  Buletin TV3, Utusan Online, Channel News Asia, Channel News Asia 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.