in

[TERKINI] PKPB Di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang & Kelantan Dilanjutkan Sehingga 14 April

Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan empat lagi negeri akan dilanjutkan bermula 1 April sehingga 14 April.


PKPB di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kelantan akan dikekalkan untuk dua minggu lagi menurut Menteri Kanan (Pertahanan) Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang media sebentar tadi.

Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di lapan negeri dan dua wilayah persekutuan juga dilanjutkan sehingga 14 April.

Images

PKPP di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan juga akan dilanjutkan selama dua minggu.

Larangan merentas daerah dan negeri juga turut dilanjutkan lagi selama dua minggu manakala perintah kawalan pergerakan bersyarat di Sarawak akan ditamatkan pada 12 April nanti seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Jumaat lepas.

 

Baca: [TERKINI] PKPB Di Selangor & Kuala Lumpur Dilanjutkan Hingga 31 Disember

Screenshot 2021 03 30 At 5.56.18 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.