in

[TERKINI] PKPB Di Selangor & Kuala Lumpur Dilanjutkan Hingga 31 Disember

Epgybdtuuaasq2Z 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan yang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor kecuali Daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.


Ini diikuti juga Kuala Lumpur, Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang, Ipoh dan Chemor di Mukum Hulu Kinta Perak, Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai, Johor serta seluruh Sabah turut dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Epgybdtuuaasq2Z

Manakala, PKPD di taman-taman perumajan awam mukim Sungai Seluang, Kedah, PKPB di mukim Changkat Jong, Perak, Mukim Kubang Kerian dan Mukim Kusial di Kelantan pula akan ditamatkan 20 Disember ini.

Pun begitu, negeri-negeri dan daerah-daerah di bawah PKPB dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri kecuali kawasan-kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

Baca: [TERKINI] Tiada Lagi ‘Roadblock’, Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 7 Disember Kecuali Kawasan PKPD

Screenshot 2020 12 18 At 4.41.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.