in

[TERKINI] Pelanggan Dibenarkan Makan Di Kedai, Terhad Kepada 2 Orang Satu Meja Bermula Esok!

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan kerajaan membenarkan pelanggan untuk menikmati hidangan di restoran bermula esok.


Menurutnya, kelonggaran ini diberikan terhad kepada dua orang satu meja serta mengikut SOP yang disarankan oleh kerajaan.

Cmco Kl Dining Ymi 1410 3

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk buka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan dan memberikan kebenaran bagi industri kreatif untuk beroperasi semula mengikut SOP yang ketat bermula esok.

Sebelum ini, kerajaan hanya membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi  hingga jam 10 malam tapi makanan hanya boleh dibungkus dan pelanggan tak dibenarkan untuk makan di kedai.

Manakala bagi industri kreatif pula, pengumuman untuk mula beroperasi ini dibuat selepas pembentangan SOP dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Media bersama MKN semalam.

 

Baca: [TERKINI] Kerajaan Setuju Lanjutkan Operasi Kedai Makan Sampai Pukul 10 Malam Mulai Esok!

Screenshot 2021 02 09 At 5.47.27 Pm

Sumber: ProjekMM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.