in

[TERKINI] Kerajaan Setuju Lanjutkan Operasi Kedai Makan Sampai Pukul 10 Malam Mulai Esok!

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, sejak PKP bermula, ramai betul yang mengadu tak sempat nak cari makan malam gara-gara kedai ditutup cepat.


Isu ini berlanjutan sehingga tanda pagar #sibodohkaudengarsini trending gara-gara susah nak pesan makanan dalam talian kerana terlalu banyak sangat pesanan dibuat pada waktu menghampiri jam 8 malam.

Mendengar rintihan dari netizen ini, sebentar tadi dalam sidang media Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan yang kerajaan telah setuju untuk lanjutkan operasi kedai makan dan restoran sehingga jam 10 malam bermula esok 22 Januari.

Tambahnya lagi, keputusan ini dibuat selepas terdapat pelbagai rungutan di media sosial dan dihantar secara peribadi kepadanya dan kerana kerajaan sentiasa mendengar masalah rakyat, mesyuarat telah dibuat dan mereka bersetuju untuk lanjutkan operasi kedai makan.

Bagaimanapun dine-in atau makan di kedai masih tidak dibenarkan, sebaliknya ia kekal dengan kaedah pembungkusan dan bawa pulang.

 

Baca: “Orang balik kerja tak ada masa nak masak” – Kecewa Kedai Makan Tutup Awal, Hashtag #SiBodohKauDengarSini Trending di Twitter

Screenshot 2021 01 21 At 6.02.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.