in

[TERKINI] Pecah Rekod 4 Hari Berturut-turut, Kes Harian Kini Cecah Lebih 8,000

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia hari ini sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan jumlah kes sebanyak 8,290 kes.


Untuk pengetahuan korang, hari ini dah empat hari berturut-turut kes harian pecah rekod setiap hari. Perkara ini diumumkan oleh Dr Noor Hisham Abdullah sendiri di Twitter peribadinya.

Berdasarkan infografik yang turut disertakan dalam ciapannya, Selangor hari ini mencatatkan sebanyak 2,052 kes sekaligus menjadikan ia negeri dengan kes tertinggi.

Ini diikuti dengan Kelantan dengan 854 kes dan Kuala Lumpur yang menunjukkan peningkatan mendadak dengan 830 kes berbanding 561 kes semalam.

Selain Kuala Lumpur, Putrajaya juga turut menunjukkan peningkatan dengan 44 kes selepas hanya merekodkan 12 kes positif semalam.

Ekoran peningkatan kes ini, Dr Hisham menyeru rakyat Malaysia untuk melakukan lockdown kendiri bagi membantu sistem kesihatan negara.

Manakala netizen terus berharap agar vaksin dipercepatkan serta kerajaan dapat menimbang semula keputusan mereka dan melaksanakan full lockdown di seluruh negara.

Ini kerana masih ramai rakyat yang sukar untuk buat lockdown kendiri apabila mereka masih perlu keluar bekerja seperti biasa.

Kita sama-samalah doa agar Malaysia selamat dan berjaya keluar dari wabak ini.

 

Baca: [TERKINI] Pecah Rekod Lagi! Malaysia Catat 7,856 Kes Positif Covid-19 Hari

Hisham 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.