in

[TERKINI] Pecah Rekod Lagi! Malaysia Catat 7,856 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

Hisham 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi setakat ini dengan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini (27 Mei) sebanyak 7,857 Kes.


Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tan Sri Dr Hisham Abdullah melalui Twitter peribadinya sebentar tadi.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Dr Hisham, Selangor masih lagi merupakan negeri dengan kes tertinggi sebanyak 2,675 kes diikuti Sarawak dengan 772 kes dan Kuala Lumpur 561 kes.

Negeri dengan kes harian terendah pula merupakan Perlis yang mencatat hanya 6 kes hari ini dan Putrajaya sebanyak 12 kes.

Dengan jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, netizen mengutarakan rasa bimbang mereka lebih-lebih lagi angka hari ini hampir mencecah 8k. Tak cukup dengan itu, mereka juga berharap agar kerajaan dapat mempercepatkan proses vaksinasi.

Untuk pengetahuan korang, semalam Malaysia telah mencatatkan sebanyak 63 kes kematian dan kadar kebolehjangkitan Covid-19 adalah pada 1.17.

 

Baca: [TERKINI] Rekod Baru Lagi, Malaysia Catat 7,478 Kes Harian Covid-19

Hisham 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.