in

Terkini MH17 : 4 Individu Termasuk ‘Bekas Menteri Pertahanan & Pegawai Risikan Rusia’ Didakwa Dalang Tragedi Tembak Jatuh Pesawat MAS.

Featured 29

Kurang sebulan lagi memasuki tahun ke-5 memperingati insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan 298 orang penumpang dan anak kapal.

Persoalannya sehingga kini siapa yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut?

 

4 Individu dinamakan sebagai suspek nahas MH17, termasuk ‘bekas menteri pertahanan’ dan pegawai perisik Rusia?

Memetik Awani, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) telah mengumumkan pada Rabu mengenai penglibatan 4 individu dalam tragedi tersebut berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan pihak mereka.

Kesemua mereka iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov yang merupakan warga Rusia dan Leonid Karchenko, warga Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah pada 9 Mac tahun depan.

Keempat-empat suspek tersebut akan didakwa atas dua kesalahan iaitu menjatuhkan pesawat MH17 dan membunuh 298 penumpang dan anak kapal.

5616Bf83C36188E94D8B45D4

1 11

Untuk maklumkan korang JIT turut mendapatkan kerjasama daripada pendakwaraya dan polis Belanda serta wakil dari Malaysia, Australia dan Ukraine dalam usaha untuk mencari dalam yang menyebabkan nahas pesawat MAS MH17.

 

Siapa 4 suspek tersebut? Apa kaitannya dengan Malaysia?

Mesti korang tertanya-tanya siapakah keempat-empat individu yang didakwan terlibat dalam insiden tembak jatuh pesawat Malaysia tersebut dan adakah mereka mempunyai kepentingan masing-masing dalam insiden tersebut?

Jom kita tengok siapa mereka.

 

IGOR GIRKIN – Rusia

Igor
Sumber : awani

Igor Vsevolodovich Girkin, 49 tahun, dikenali sebagai Strelkov atau Perviy. Merupakan bekas Kolonel FSB, iaitu Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia.

Pada hari insiden iaitu 17 Julai 2014, Girkin merupakan ‘Menteri Pertahanan’ dan komander tentera di satu kawasan yang diisytiharkan sendiri sebagai Republik Rakyat Donetsk.

Walaupun Donetsk, satu bandar di Timur Ukraine bukan secara rasmi ditetapkan sebagai kawasan bebas, namun ia ditadbir oleh ‘Perdana Menteri’ serta kabinet menteri dan tenteranya sendiri.

Donetsk merupakan lokasi penembakan pesawat MH17.

 

SERGEY DUBINSKIY – Rusia

Sergey
Sumber : awani

Surgey Nikolayevish DubinskIy, dikenali sebagai Khmuriy, merupakan bekas pegawai tentera GRU, iaitu perkhidmatan perisikan tentera Rusia.

Pada 2014, DubsinkIy merupakan salah seorang timbalan bawah Girkin serta ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk.

Seperti Girkin, DubinskIy turut dilaporkan mengekalkan komunikasi bersama pegawai di Rusia.

 

OLEG PULATOV – Rusia

Oleg
Sumber : awani

Nama samarannya Giurza, merupakan bekas pegawai tentera Spetznaz-GRU, satu unit khas sebahagian daripada perkhidmatan perisikan tentera Rusia.

Pulatov, 53 tahun, pula memainkan peranan sebagai Timbalan Ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk serta salah seorang timbalan bawah Dubinsky.

 

LEONID KHARCHENKO – Ukraine

Leonid
Sumber : awani

Leonid Kharchenko atau turut dikenali sebagai Krot, satu-satunya suspek warga Ukraine serta tidak mempunyai latar belakang dalam tentera.

Kharchenko difahamkan mendapat arahan secara langsung daripada Dubinsky.

Pada 2014, Kharchenko 47 tahun dikatakan menjadi komander bagi satu unit pertempuran di Donetsk.

 

#FAKTA

  • Difahamkan yang kesemua suspek ini terlibat dalam usaha untuk dapatkan sistem BUK TELAR yang kemudiannya melancarkan peluru berpandu 9M38 yang seterusnya menjadi punca nahas MH17.
  • Kisahnya, BUK TELAR ini diperoleh dari Persekutuan Rusia sebelum dibawa ke satu tapak pertanian yang berdekatan dengan bandar Pervomaiskyi di Timur Ukraine (tempat lancar peluru berpandu).
  • Lepas peluru berpandu dilancarkan, sistem itu dihantar pulang ke Rusia dengan kekurangan 1 peluru.
  • 24 Mei 2018, JIT umum yang BUK TELAR digunakan untuk tembak pesawat MH17 itu datangnya dari Briged Peluru Berpandu Anti Pesawat Ke-53, iaitu sebahagian daripada pihak bersenjata Rusia.
  • Walaupun tidak semua suspek yang tekan butang untuk lancarkan peluru berpandu tersebut tapi tindakan merancang tembakan itu juga boleh disabitkan kesalahan dibawah undang-undang Belanda.
  • JIT juga perlu mengambil kira situasi konflik di Donetsk ketika itu.

 

Semoga semua yang lakukan dihadapkan ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan!

Baca : MH370 Dah Dijumpai Di Laut Sumatera? Lelaki Bersumpah Dengan Al-Quran, Nampak Pesawat Terbakar Sebelum Terhempas Dalam Laut.

Sese