[TERKINI] Aktiviti Perniagaan Di Kawasan PKPB Boleh Beroperasi Sehingga 12 Malam Mulai Esok – MKN

Jadikan sumber pilihan di Google
[TERKINI] Aktiviti Perniagaan Di Kawasan PKPB Boleh Beroperasi Sehingga 12 Malam Mulai Esok – MKN

Hari ini, Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan bahawa semua aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan PKPB boleh mula beroperasi sehingga jam 12 malam mulai esok (24 November 2020).

Dalam pada itu, menerusi perkembangan harian PKPB/PKPP oleh Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri juga mengumumkan bahawa PKPB di Daerah Kuching, Sarawak dilanjutkan sehingga 27 November 2020.


Sementara itu, PKPD di Putra Point, Negeri Sembilan akan dilanjutkan sehingga 30 November ini. Manakala PKPD di, Kg. Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah pula dilanjutkan sehingga 7 Disember.

PKPD di Penjara Seremban & Kuarters Penjara Seremban. Negeri Sembilan pula akan mula  berkuatkuasa pada 24 November hingga 7 November 2020.

Disamping itu, PKPD di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor pula akan ditamatkan pada 25 November ini.

Manakala, Plaza Hentian Kajang, Selangor dan Taman Mesra Sandakan, Sabah pula ditamatkan pada 24 November 2020.

 

Baca :   PKPD Mungkin Akan Dilaksanakan Di Kuala Lumpur – DS Ismail Sabri

Klpkpd

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Mende?

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[TERKINI] Aktiviti Perniagaan Di Kawasan PKPB Boleh Beroperasi Sehingga 12 Malam Mulai Esok – MKN
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/terkini-aktiviti-perniagaan-di-kawasan-pkpb-boleh-beroperasi-sehingga-12-malam-mulai-esok-mkn/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen