in

“Terjangkit dari emaknya” – Nasib Malang Bayi Baru Lahir Di Wuhan, Dijangkiti Coronavirus Lepas 30 Jam Dilahirkan

Bayi Coronavorus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua tahu, coronavirus ni boleh tersebar dari satu manusia ke manusia lain melalui cecair yang keluar dari si mangsa (contohnya macam air liur ke, batuk atau bersin) dan juga objek yang terkena jangkitan ni. Tu belum lagi ada yang kata ia boleh tersebar melalui mata dan najis mereka yang berjangkit.


Namun melalui perkembangan terbaru, virus ini katanya boleh tersebar melalui kandungan dari seorang ibu yang dijangkiti coronavirus kepada anaknya yang belum dilahirkan lagi, lapor Reuters. Allahu… 

 

Bayi positif dijangkiti coronavirus lepas 30 jam dilahirkan? 

Menurut stesen TV China CCTV, doktor-doktor di Wuhan dari Wuhan Children Hospital telah mengesahkan yang seorang bayi baru lahir daripada ibu yang dijangkiti coronavirus rupanya telah dijangkiti wabak berbahaya tersebut selepas 30 jam bayi ini dilahirkan. Bayi ini dilahirkan pada 2 Februari 2020 lepas.

Dailymail2
sumber: wob

Meskipun bayi tu nampak stabil dan tak ada pulak tanda-tanda yang menunjukkan dia mengalami batuk mahupun selesema, namun bayi tersebut dilihat mempunyai masalah untuk bernafas. 

Ujian x-ray yang dilakukan terhadap bayi malang itu juga mendapati yang bahagian dadanya mempunyai jangkitan dan ada kelainan sikit pada bahagian hati bayi tersebut.

 

“Potensi baru cara virus ini merebak – dari ibu ke anak” 

Menurut Dr Zeng Lingkong dari Jabatan Perubatan Neonatal,

“Perkara ini mengingatkan kita untuk terus fokus kepada potensi baru cara coronavirus ini merebak – daripada ibu ke anak.” 

Malah dalam satu insiden lain, ada juga kes di mana seorang bayi dilahirkan sihat pada 13 Januari 2020 tetapi tiba-tiba saja menunjukkan simptom dijangkiti coronavirus pada 29 Januari lepas.

Wuhan Novel Coronavirus May Be Passed On Through The Womb According To Doctors World Of Buzz
sumber: wob

Lebih mengerikan, bayi ni pula menjangkiti pengasuh dan ibunya yang mana kedua-duanya lepas tu positif coronavirus.

Walau bagaimanapun, hingga setakat ini, cara penyebaran virus melalui ibu ke anak ini masih tak dapat dipastikan lagi kesahihannya.

Seorang pakar dalam perubatan di University of East Anglia berkata, masih tak ada bukti kukuh yang mengatakan bayi tu positif coronavirus akibat dia dijangkiti semasa dalam kandungan ataupun semasa dalam proses kelahiran.

Bagi ibu-ibu hamil kat luar sana, jagalah kesihatan masing-masing ye. Paling penting, utamakan kebersihan dan sentiasa pakai mask kalau keluar ke mana-mana. Bahaya betul musim-musim virus ni. 

Baca: “Jangan salam tangan dia” – Pesakit Buat Lawak Tak Sensitif Kata Doktor Pakar Bangsa Cina Ini Ada Coronavirus

Corona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.