in

“Jangan salam tangan dia” – Pesakit Buat Lawak Tak Sensitif Kata Doktor Pakar Bangsa Cina Ini Ada Coronavirus

Wuhan4

Isu perkauman merupakan sesuatu yang memang tak boleh dibawa bincang, pasti boleh menimbulkan kemarahan orang ramai bila ada yang cuba cetuskannya.

Tapi masih lagi ada orang yang tak faham dan masih lagi anggap ia satu perkara yang lawak walaupun dah masuk tahun 2020 ni.

 

Diaorang kejar, takutkan anak saya sampai dia menangis”

Seperti yang kita sedia maklum sekarang ni negara China sedang diancam bahaya dengan serangan virus Wuhan kan? Ada pihak yang cuba nak mempersendakan wabak tersebut dengan unsur-unsur perkauman.

Anak kepada Dr Nadia Alam, seorang wanita warga Pakistan ini antaranya menjadi mangsa buli kerana anaknya half-chinese.

Dengan apa yang dah terjadi kepadanya ini ia mengingatkan dirinya sewaktu kecil yang seringkali diejek. Terkilan rasanya bila dah masuk tahun 2020 masih lagi orang yang berfikiran sesingkat ini.

Bagaimanapun dia beritahu dekat Twitter yang keadaan anaknya baik-baik sahaja, perkara ini dia maklumkan kepada pengetua sekolah berkenaan dengan isu ini. Didapati ada cuba pelajar-pelajar berbangsa Cina terkena perkara yang sama.

Disebabkan itu pengetua sekolah telah bersetuju untuk menangani isu ini dengan pergi dari kelas ke kelas untuk menjelaskan isu perkauman dan menerangkan lebih lanjut tentang Coronavirus ini supaya murid-murid di sekolah tersebut lebih faham dan sensitif tentang hal ini.

Apa yang terjadi dekat Dr. Nadia ini turut berlaku kepada beberapa indivu di media sosial, mereka juga mengalami situasi yang lebih kurang sama.

Ada yang biadap cuba tanya samada mangsa ada makan kelawar atau berlawak untuk jangan dekati dirinya hanya disebabkan mangsa berbangsa Cina.

 

Jangan salam tangan dia”

Malah menerusi The Guardian, salah seorang penuntut sarjana di University of Manchester, Sam Phan menzahirkan rasa terkilannya.

Minggu ini, etnik saya membuatkan saya rasa terancam oleh orang ramai sebab orang pandang saya macam pembawa virus hanya disebabkan kaum saya, ini sangat racist!”

Harap-harap rakyat Malaysia tidaklah menjadikan perkara ini sebagai bahan lawak memandangkan kita hidup secara harmoni dan berbilang kaum.

 

Baca : “Kita pun takut nak tolong”- Lelaki Rebah &  Mati Lepas Terkena Serangan Jantung Tapi Sebab Wuhan, Orang Takut Nak Tolong

Wuhan3