“Teringat arwah nenek…” – Comel Lelaki Ni Main Reply Voice Note Dengan Nenek, Nyanyi Lagu P Ramlee

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selalu kalau dekat Twitter kita tengok ramai yang share mesej mesej ‘manis’ dengan boyfriend atau girlfriend masing-masing kan? Tapi lain pula dengan seorang lelaki bernama Irham ni.

Baru-baru ni, Irham ada kongsi video screenshot mesej dia dengan ibu di Whatsapp. Apa yang ‘manis’ di situ, Irham rupa-rupanya berbalas voice note dengan nenek dia! Bukan bersembang tapi sama-sama menyanyi! 

Orang lain ada girlfriend nak bermanja, saya ada nenek saya untuk nyanyi bersama.”

Dalam mesej tu, Irham mulakan dengan menyanyi lagu P Ramlee, Malam Bulan Dipagar Bintang. Lepas tu dia minta mak dia cakap dekat nenek untuk sambung nyanyi part Saloma. Sedap weh suara nenek!

Kiranya, setiap kali Irham rasa rindu pada nenek dia. Mereka akan berbalas voice note untuk dengar suara nenek dan paling best sekali bila nenek Irham sporting layan dia! Even lepas habis nyanyi satu lagu P Ramlee tu, nenek minta untuk rakam dia nyanyi lagu lain pula.

Ramai netizen suka bila Irham upload suara nenek dia tu. Ada yang rasa sebak dan teringat nenek mereka. Boleh kata semua yang dengar tu suka dengar dan puji kesedapan suara nenek Irham.

Sumber: Twitter

Sedapnya suara nenek awak.”

Suara nenek sedap dan klasik.”

Teringat arwah nenek dengan atok aku, dulu masa diorang ada, duduk dekat depan rumah sama-sama diorang nyanyi lagu ni.”

Sumber: Twitter

Korang sweet macam ni tak dengan nenek? Atau cara korang lain? Cuba share dengan admin.

Baca: “Keluaq ayaq mata..” – Sebak Pulak Tengok Lelaki Ini Buat Surprise Kat Orang Tua

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!