in

“Berlakon ni tak de kena mengena dengan fame langsung” – Nabila Huda Offer ‘Free Class’ Berlakon Untuk Influencer

Abil3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ada segelintir influencer mula menceburi diri dalam bidang lakonan dan ia menimbulkan rasa kurang senang daripada pelbagai pihak, tak kisah dari orang dalam seni layar mahupun netizen.


Terpanggil dengan isu ini, pelakon berbakat besar Nabila Huda menerusi Twitter dan Instagram miliknya berbesar hati ingin menawarkan kelas lakonan asas secara percuma kepada ‘orang baru’ dalam bidang ini

 

“Berlakon teruk tak ada feel, semua kutuk, berlakon pula dalam drama bersiri masa tengah pick hours yang orang memang mengharapkan lakonan yang mantap tapi diaorang tak ada knowledge tak tak ada basic.”

“Jadi, saya nak buat kelas percuma untuk adik-adik ini semua atau mana-mana pelakon baru yang nak tahu perkara asas untuk jadi seorang pelakon, ikut macam cara Abil, sebab daya pun pernah lalui juga berlakon tak pandai sebab saya belajar.”

Kata Abil lagi, tidak dinafikan peluang semasa berlakon itu adalah sebahagian daripada pembelajaran untuka sah bakat lakonan, namun ilmu pengetahuan asas yang Abil mahu ajar ini ada satu perkara paling penting kerana ia boleh membantu seseorang pelakon itu ke tahap yang lebih bagus.

“Berlakon ini tak ada kena mengena dengan populariti langsung, ia sebenarnya sebab apa yang kita faham dan tahu, ia memerlukan pengalaman, tapi kalau tiada pengalaman, kita nak buat macam mana kan sebab diaorang dah teprilih dah untuk berlakon.”

Nabila Huda juga tidak menafikan bahawa sekarang ini adalah generasi ‘mereka’ yang agak mustahil untuk diubah dan dihalang.

“Numbers dekat TV station tu sangat penting untuk stesen TV, kita nak marah-marah pun kita tak boleh nak halang.”

Menurutnya lagi, kelas itu akan diajar mengikut pengalaman dan pengetahuan daripada dirinya sendiri sebagai seorang pelakon. Nabil berharap ia mungkin dapat membantu para influencer diluar sana untuk belajar.

Nabila juga menegaskan bahawa lakonan ini tidak semudah seperti mana yang dilakukan di media sosial ia sangat sukar.

Dalam masa yang sama, Nabila menggesa kepada influencer agar sentiasa jujur jika ingin berlakon dan bukan mengharapkan populariti semata-mata.

 

Baca : “Kepada selebriti, cukup-cukuplah menunjuk, riak. Tak perlu sakitkan hati orang lain” – Nabila Huda

Huda

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.