in

Terbaru:Remaja Umur 18 Tahun Ke Bawah Lepas Ni Mungkin Tak Boleh Keluar Rumah Lepas 12 Tengah Malam Dah!

Featured 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni kita selalu tengok remaja terdedah dengan gejala tak bermoral seperti lumba motor, dadah, maksiat, pergaulan bebas dan banyak lagi.



Malah gejala itu dilihat semakin menjadi-jadi bila tiada kawalan yang ketat daripada keluarga atau penjaga mereka..tengok malam tahun baharu pun cukup la.

Disebabkan itu selepas ini kemungkinan mereka yang berumur dibawah 18 tahun akan dikenakan PERINTAH BERKURUNG atau LARANGAN daripada keluar berjalan-jalan selepas 12 tengah malam.

Katanya pihak berwajib kini sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menetapkan tempoh masa bagi golongan remaja dalam lingkungan umur tersebut bagi melindungi mereka daripada melakukan sebarang aktiviti tidak sihat.

Mat Rempit Youtube
Gambar hiasan

Malah difahamkan perkara tersebut sudah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Katanya pihak berkuasa juga sedang mempertimbangkan dengan serius ‘tempoh larangan’ tersebut memandangkan statistik menunjukkan ramai golongan remaja terjebak dalam aktiviti menghidu gam.

Satu 3
Sumber : twitter

Beliau berkata Malaysia bagaimanapun bukan menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan perintah tersebut kerana Iceland telah melaksanakan perkara tersebut di negara mereka.

“Kami melihat dasar ini yang diamalkan oleh Iceland”

“Ini merupakan model yang boleh kita praktikkan di negara ini”

“Ia mungkin tidak mudah dilaksanakan tetapi kami merasakan ini perlu dan pastinya dapat membantu menghalang orang muda daripada terlibat dalam kegiatan negatif,” katanya 

Kalau korang nak tau, kat Iceland ada undang-undang iaitu Akta Kanak-Kanak Iceland ,yang mana kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tidak dibenarkan berada di luar rumah lepas pukul 8 malam, kalau dorang nak keluar pun perlu ditemani ibu bapa atau penjaga..haa kan bagus macam ni.

Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 16 tahun mereka tidak dibenarkan berada di luar rumah selepas pukul 10 malam, kecuali kalau dorang ada aktiviti yang dianjurkan sekolah, kelab sukan atau belia.

Oslo Sommerpark Jente Visitoslo Preben Stene Larsen Oslo Sommerpark

So, kalau kanak-kanak ini melanggar ‘tempoh larangan’ yang telah ditetapkan oleh kerajaan Iceland, dorang akan dibawa ke balai polis dan ibi bapa mereka perlu mengambil mereka di sana.

Korang bayangkan kalau undang-undang sama dipraktikkan di Malaysia, macam mana la agaknya kan..semua mesti setuju punya.

Tapi bagi admin, ianya bagus untuk mengawal ‘keliaran’ anak atau adik kita, tapi mungkin ada jugak yang tak bersetuju dengan cadangan ni, korang macam mana?

“Elok la buat macam tu, takde la merayap sampai ke pagi..”

Elok La Macam Tu Takde La Merayap Sapai Pagi Buta

Jangan kaji, terus laksanakan!

Jangan Kaji Terus Laksanakan

Tolong tangkap sekali laki keluar tak bawak anak bini..

Panggil Sekali Laki Atau Bini Yang Keluar
Sumber : facebook

Admin setuju sangat kalau benda ni dilaksanakan, mungkin ia secara tak langsung boleh kawal kegiatan tak sihat anak-anak muda kat luar sana kan.

Baca : Thanks layan i, sampai 4 kali i p*ncut..Remaja Perempuan 18 Tahun Tawar Khidmat Mengerang Serendah RM80 Untuk 20 Minit What!!

Dalam1 768X405 1

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.