in

Terbabas Akibat Masalah Teknikal, Pesawat Kargo DHL Patah Dua Ketika Mendarat

1Dhl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pesawat kargo milik DHL telah terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose, Costa Rica baru-baru ini.


Screenshot 2022 04 09 At 11.36.00 Am

Kejadian itu berlaku ketika pesawat kargo itu melakukan pendaratan kecemasan kerana masalah hidraulik yang tidak berfungsi. Akibat daripada pendaratan kecemasan itu, ekor pesawat telah patah dan hampit terpisah dari badan pesawat.Screenshot 2022 04 09 At 11.35.20 Am

Sekumpulan anggota bomba dan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran. Pihak penyelamat juga melaporkan tiada sebarang kematian berlaku akibat nahas itu.Screenshot 2022 04 09 At 11.33.21 Am

Juruterbang dan anak kapal yang berada dalam pesawat itu telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, hanya juruterbang yang mengalami masalah concussion manakala dua anak kapal yang lain selamat.

Menurut CBS News, kegagalan hidraulik untuk berfungi adalah punca utama pesawat itu terbabas ketika melakukan pendaratan.

 

Baca: “Sampai kokpit bergegar” – ‘Pilot’ Kongsi Kisah Disebalik Pendaratan Sempurna Pesawat MAS Ketika Taufan Eunice

Screenshot 2022 04 09 At 11.42.41 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.