“Tengok je dah rasa sejuk” – Netizen Sepakat Iktiraf Kain Gebor Ni Sebagai Selimut Kebangsaan!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila kita semakin berusia dan menjengah masuk ke usia 30an ke atas ni, semakin kita merindukan zaman kanak-kanak yang penuh nostalgia dulu kan?

Banyak perkara atau benda yang kita boleh relatekan dengan zaman kanak-kanak kita, dan bila kita tengok je atau bau benda tu — automatically kita akan terkenang semua kenangan-kenangan lama yang pernah kita lalui.

Contoh, kalau kita terbau bunga kenanga yang tengah mewangi petang-petang — kita teringat pulak kat kampung, sebab tok nenek dok tanam pokok tu kat laman rumah.

Kalau tengok selimut kotak-kotak, kita dah boleh terbayang bau robok antik dan semua kenangan yang kita boleh relatekan dengan selimut tu — macam kelambu, buat khemah dengan selimut dan kusyen nenek, gaduh berebut selimut, tidur lambak depan tv, bau ubat nyamuk dan sebagainya.

Faham ke korang? Lebih kurang gitulah apa yang nak disampaikan.

Cakap pasal selimut, seorang pengguna Twitter @fareed_suffian baru-baru ini dengan yakinnya berkata selimut legend yang digunakan seluruh warga marhaen ini sebagai selimut kebangsaan!

Rasanya, semua warga Twitter yang lain approve statement ni sebab diorang pun mengakui selimut ni adalah selimut paling nyaman dan paling sejuk yang selalu kita pakai kat kampung dulu!

So, apa lagi korang? Jom la kita beli selimut kebangsaan ni untuk kita mengenang dan mengimbau semula ingatan dan kenangan zaman kanak-kanak kita agittew!

 

Baca: “Dia buat asam guna t**k hidung dia” – Fitnah Paling Teruk Sepanjang Zaman, Asam ‘Legend’ Ni Buat Netizen Terhibur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.