“Dia buat asam guna t**k hidung dia” – Fitnah Paling Teruk Sepanjang Zaman, Asam ‘Legend’ Ni Buat Netizen Terhibur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dekat kedai runcit atau serbaneka mesti ada jual asam kan. Korang paling suka yang mana? Ada asam buah pala, asam jeruk mangga, asam janggut dan asam taik hidung.

Haa mesti korang pernah dengar dan dalam seumur hidup korang pernah makan asam ni kan. Tauke asam legend ni memang paling teruk difitnah sepanjang zaman sebab orang cakap asam tu diperbuat dari taik hidung dia. Tapi dia relaks tak saman sana sini macam Cik Buah tu. Eh!

Semua boleh relate

Itulah rupa packaging asam legend yang diberi gelaran asam taik hidung ni. Rasa dia masam-masam masin sikit. Dan bentuk dia yang berupa bola kecil tu yg menyebabkan orang menggelarkan dia dengan asam.. ish korang paham sendiri lah. Geli pulak admin taip benda tu ulang-ulang kali. 

Itu lah. Admin pun tergolong dalam golongan tu. Rasa geli gak bila ulang nama asam tu. Tapi kalau drive balik kampung or jalan jauh mesti singgah kedai beli asam ni. 

Apek ni steady. Biar lah orang nak kata asam ni dari hasil galian hidung dia, tapi dia tak pernah saman sapa-sapa yang bash atau fitnah dia. Jadilah seperti apek ni dan jangan jadi macam Cik Buah. Eh kali kedua!

Amboih ni beli timbang kilo ke? Ke direct dari apek tu. Memang power lah kalau direct dari apek tu. Boleh tengok dia buat macam mana. If you know what I mean 

Semua orang sebut benda yang sama. Persoalannya sapa yang mulakan dulu. Lagi satu, apa yang apek ni fikir utk letak gambar dia dan buay bentuk asam tu macam tu?

Apa-apa pun kita patut berterima kasih kepada apek ni yang buat asam ni untuk diniagakan dan secara tak langsung berjaya dari segi marketing bentuk produk dia. Semoga generasi akan datang dapat menghargai asam legend ni!

 

Baca: Jijik! Patutlah Rasa Masam, Rupa- rupanya Dalam Penuh Kulat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.