in

Tay Motor (M) Sdn Bhd Rangkul 2 Anugerah Berprestij The Knights Award 2023

Tay Motor

The Knights Award 2023, sebuah majlis berprestij yang berlangsung di Hotel St. Regis baru-baru ini telah mengiktiraf pencapaian Tay Motors (M) Sdn Bhd sebagai salah satu daripada organisasi terkemuka di seluruh Asia yang cemerlang dalam bidang perniagaan motosikal. 

Ditubuhkan pada tahun 2009, syarikat Tay Motors menawarkan perkhidmatan jual sewa beli, membaiki dan insuran motosikal dan mula berkembang pada tahun 2017 dengan penjualan produk-produk motosikal berkuasa tinggi. 

Kini, Tay Motors telah mengembangkan lagi sayap mereka dengan pembukaan 5 cawangan di Sarawak dan merupakan pengedar utama motosikal berjenama antarabangsa seperti KTM, Benelli, Brixton dan lain-lain.

Ktm 1

Terdapat 3 kategori anugerah disampaikan pada malam The Knights Award 2023 dan Tay Motor (M) Sdn Bhd telah merangkul 2 anugerah iaitu The Duke Award dan The Earl Award. 

The Duke Award merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan pada malam tersebut dan sekalu penerima anugerah berkenaan, Tay Motor berjaya menampilkan kecemerlangan serta kepimpinan yang jitu dalam bidang motosikal. 

Selain itu, Tay Motor (M) Sdn Bhd juga turut merangkul The Earl Award yang diberikan atas sumbangan luar biasa syarikat berkenaan dalam bidang yang sama.

Samt6148

Melampaui semua standard, karya pencapaian dalam kategori ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat tersebut terhadap kelestarian dan kegemilangan organisasi. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan oleh syarikat berkenaan kepada Dr. Zyro Wong, Pengasas The Knights Award; Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Bapa Pembangunan Ekonomi Malaysia dan Pengasas Petronas; Penasihat Khas Tan Sri Dato Ong Tee Keat; Council of Lords dari Kawasan Kesatuan Eropah, Juan Jose Delgado; Council of Lords dari Hong Kong, Kelvin Chan dan ramai pemimpin terkemuka lain dalam industri yang memegang peranan sebagai Council of Lords, atas pengiktirafan yang telah diberi kepada Tay Motors. 

Seiring dengan tema The Knights Award Tahun 2023, “Bond, Build & Bloom”, Tay Motors akan terus menekankan pentingnya semua industri berkerjasama antara satu sama lain tanpa sempadan serta sekatan untuk kepentingan ekonomi negara yang terus cemerlang.