“Tangan menggeletar” – Haneesya Hanee Akui Takut Pegang Watak ‘Sally’ Dalam Drama ‘Aku Bukan Ustazah’

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tangan menggeletar” – Haneesya Hanee Akui Takut Pegang Watak ‘Sally’ Dalam Drama ‘Aku Bukan Ustazah’

Satu drama bersiri yang diadaptasi daripada novel ‘Aku Bukan Ustazah’ telah meraih tontonan rakyat Malaysia sejak hari pertama ia ditayangkan di TV3.

Drama yang dibintangi oleh Erysa Emyra, MK K-Clique serta Zahiril Adzim menceritakan tentang seorang gadis berniqab (lakonan Erysha Emyra) yang berubah setelah berhadapan dengan pelbagai konflik dalam hidupnya.


Watak Sally triggered trauma?

Pun begitu, pelakon dan model terkenal iaitu Haneesya Hanee yang melakonkan watak Sally dalam drama itu telah mengakui dirinya takut apabila diberi tanggungjawab memegang watak tersebut.

Artikel berkaitan: “Buat apalah aku nak naik bas” – Haneesya Hanee Beri Penjelasan, Isu Dituduh Naik Bas Dengan Aliff Aziz

Artikel berkaitan: “Saf solat boleh terputus” – Netizen Sokong Haneesya Hanee Sentuh Isu Sajat Pakai Telekung Di Mekah

Haneesya menerusi TikTok miliknya berkata, watak Sally itu ada kaitan dengan kisah silamnya terdahulu yang membuatkan dia trauma apabila dikecam netizen pada ketika itu.

Sebenarnya I tak nak ambil dah watak Sally ni sebab kalau korang perasan, awal-awal dah ada babak mabuk, pergi kelab… dengan I punya kisah silam.. risiko untuk dikecam sangatlah tinggi.

Dalam nada terharu apabila ada netizen memuji pembawaannya sebagai watak Sally, dia mengakui ada rasa takut pada mulanya namun, produksi drama telah meyakinkannya untuk memegang watak itu.

I tak nak ada apa-apa kaitan dengan sebelum ni.. kalau ambil watak Sally I takut sangat. Bila pengarah pujuk bagi kata-kata semangat.. dia kata buat setakat mampu.. 

Sebenarnya susah sebab it’s triggered a lot of my traumas. Habis babak, tangan I menggeletar, I mula anxiety. Sangat susah.

Banyak sokongan peminat & keluarga

Namun, dia turut berterima kasih kepada peminat dan keluarga yang setia menyokongnya untuk berlakon kerana sukar mendapat tawaran itu.

Terima kasih semua yang tengok drama dan suka watak Sally. I hope production tengok and bagi I peluang untuk berlakon lagi sebab I dah nak give up dalam industri lakonan sebab tak dapat peluang tu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat Haneesya menyokongnya untuk terus berlakon.

Sally 1

Cantiknya Haneesya!

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tangan menggeletar” – Haneesya Hanee Akui Takut Pegang Watak ‘Sally’ Dalam Drama ‘Aku Bukan Ustazah’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tangan-menggeletar-haneesya-hanee-akui-takut-pegang-watak-sally-dalam-drama-aku-bukan-ustazah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM