“Tangan kuat sangat kot” – Posmen Tercampak Barang Wanita Ini Ke Atas Bumbung Rumah Buat Netizen Terhibur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Setiap kali order barang secara online, kita mesti tertunggu-tunggu untuk barang tu sampai. Kita juga mesti berdoa yang barang kita order tu selamat sampai dan dalam keadaan baik.

Lain pula yang berlaku kepada seorang wanita ini. Barang yang dibelinya sampai ke rumah, tapi yang menarik perhatiannya, barang tu ada dekat atas bumbung rumah. Mungkin abang posmen tercampak kuat sangat kot. Cuba korang tengok video yang dikongsi oleh @nranafqh kat bawah ni.

 

Tangan kuat sangat

Memang tak sangka barang tu sampai ke atap rumah. Jenuh kakak tu nak fikir cara nak bawak turun barang tu. Itu nasib baik nampak dekat atas bumbung, Kalau tak nampak tu mau berhari-hari gak terbiar atas tu. 

Mungkin akak ni tersalah dengar kot sebab biasanya courier yang nak hantar barang mesti bagi tahu dia dari mana. Tapi tu berdasarkan pengalaman admin lah. Takpe lah janji barang tu ‘selamat’ sampai.

Admin pun rasa abang posmen tu atlet gak dulu. Boleh jadi budak ragbi atau lontar peluru. Tapi naluri admin kuat mengatakan abang posmen tu bekas atlet rejam lembing. 

Weh kalau ada CCTV best gak. Boleh tengok macam mana kejadian tu berlaku. Dan lagi best tengok reaksi abang posmen yang tersalah campak barang sampai ke atas bumbung perginya. Mesti panik sekejap, tapi tak boleh buat apa, so terus cabut je.

Memang kena bahan lah weh dengan orang courier yang lain. Tapi bagus sis ni tak dedahkan nama company tu. Biarlah rahsia kan. 

 

Baca: “Semoga abang-abang posmen dimurahkan rezeki” – Netizen Puji Tindakan Keluarga Ini Ajak Posmen Berbuka Di Rumah Mereka

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.