“Semoga abang-abang posmen dimurahkan rezeki” – Netizen Puji Tindakan Keluarga Ini Ajak Posmen Berbuka di Rumah Mereka

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bulan Ramadan dah nak lebih seminggu kita lalui. Ada yang dah mula shopping raya dah pun. kepada mereka yang malas nak bergesel bahu cari baju tu, biasanya akan order online je. Tapi korang ada fikir tak yang nak menghantar tu posmen kan, mesti kena kerja lebih masa sebab banyak benda nak kena hantar.

Sebab masa kerja yang terpaksa dipanjangkan tu ada abang posmen yang tak sempat pun berbuka. Tapi ada juga yang baik hati, ajak posmen ni berbuka sekali waktu tengah bertugas. Cuba korang tengok perkongsian @brotherjambang di akaun Twitter miliknya.

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka

Sempena bulan ramadan yang mulia ini, marilah kita doakan abang-abang posmen ni dipermudahkan urusan menghantar barang tu. Korang yang order online barang-barang raya tu harap bersabarlah sikit. Nanti sampai lah tu. Kalau tak sampai gak jangan marah posmen, marah lah seller korang tu.

Takpa, yang penting rezeki tu halal. Kita kalau tak mampu bagi sumbangan, kita ajak makan. Kalau tak mampu gak kita bagi senyuman pun dah cukup. Just buat lah apa-apa asalkan abang-abang posmen kita ni happy. 

Itu lah, ajak berbuka sekali dengan family. Agak-agak segan tu, boleh lah bungkuskan makanan bagi kat diaorang. Bukannya sempat pun diaorang singgah bazaar untuk beli juadah berbuka. Kongsi lah sikit dengan diaorang. 

Geng yang tak reti sabar tu mungkin anak emas kot. Minta apa-apa semua dapat. Tak pernah merasa susah cari rezeki. 

Kita semua doakan benda yang sama untuk abang-abang posmen kita ni. Amiiin. 

Oh yeke. Bagi tahu dekat abang awak, hati dia baik dan ikhlas. Semoga dipermudahkan segala urusan dia dunia akhirat. 

Marilah kita doakan semua orang yang bersusah payah mencari rezeki di bumi ni dikurniakan keberkatan dan dipermudahkan segala urusan dunia akhikrat. Amiiin. 

 

Baca: “Itu bukan touch screen” – Netizen Senyum Tengok Adik ‘Innocent’  Ni Cuba Guna Peti Surat

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.