in

“Takut, tapi comel” – Gajah Bawa Anak ‘Ceroboh’ Rumah Jadi Buah Mulut Netizen

2Gajah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gajah adalah mamalia terbesar atas darat di dunia. Sebagai haiwan liar yang memiliki fizikal yang besar, kehadiran gajah di tempat yang bukan sepatutnya pasti membuatkan kita takut.


Baru-baru ini, tular di media sosial seekor gajah merempuh pintu pagar sebuah rumah. Selepas gajah itu merempuh pagar rumah tersebut, anaknya turut sama masuk ke dalam kawasan rumah itu.

Tidak pasti apa yang dicari oleh dua ekor gajah itu, tapi insiden itu agak merisaukan kerana gajah itu tidak berada di habitat asalnya iaitu di hutan. Korang boleh tengok insiden gajah rempuh pagar rumah tu dalam video @akubudakkluang di bawah.

https://www.tiktok.com/@akubudakluang/video/7227087644805598469

Takut tapi nampak comel

Seumur hidup min, tak pernah jumpa lagi gajah secara depan-depan kecuali dekat zoo. Kalau tengok video ni, gajah tu nampak macam comel, tapi kalau dah datang depan mata macam tu, cuak gak weh.

Screenshot 2023 04 30 At 11.34.00 AmRaya kan sebulan. Gajah tu datang nak ziarah tuan rumah lah tu. Tapi dah orang tak buka pintu, yang pergi rempuh pagar tu dah kenapa. 

Screenshot 2023 04 30 At 11.34.12 AmYe lah kan, nampak lembut je gajah tu rempuh pagar. Dua kali tolak je terus runtuh pagar tu. Kuat betul, walaupun tolak slow-slow je.

Screenshot 2023 04 30 At 11.33.45 AmMungkin tuan rumah ada buat apa-apa kat gajah ni. Kalau memang betul gajah ni haiwan yang pendendam, mesti tuan rumah ada urusan yang tak setle dengan gajah ni. Sebab tu datang rempuh pagar rumah.

Screenshot 2023 04 30 At 11.35.13 AmRaya pun belum habis dah kena fikir pasal pagar rumah. Nanti kalau dah pasang, datang pulak sekali lagi gajah ni rempuh pagar. Pening kepala tuan rumah nak repair pagar. 

 

Baca: Gajah Liar Pecahkan TIngkap & ‘Rompak’ Makanan, Tuan Rumah Cuba Halau Guna Ubat Nyamuk

Screenshot 2023 04 30 At 11.38.59 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.