in

“Bawa mereka pulang!” – Menteri Besar Pahang & NRES Gesa Zoo Taiping Bawa Dara, Amoi & Kelat Pulang

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular tentang pelancong Malaysia yang melawat Zoo Tennoji di Osaka, Jepun dan berjumpa dengan 3 ekor gajah Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) Dara, Amoi, dan Kelat.

Yang menarik perhatian umum adalah apabila Dara, Amoi dan Kelat seakan faham kehadiran pelancong Malaysia dan terus menolah apabila mendengar nama mereka disebut dalam loghat Malaysia.


@qasehdeeyana2 Replying to @jannazainal87 ♬ original sound – Deeyana | AINAA Beauty

Artikel berkaitan: “Gajah pun tahu bau orang kita!” – Netizen Sayu Tengok Dara, Amoi & Kelat Berhenti Bila Nama Dipanggil Pelancong Malaysia

Artikel berkaitan: PERHILITAN Nafi Jual 19 Gajah, Hanya Dipindah Untuk Tujuan Konservasi

Di sebalik perhatian yang diterima, timbul kebimbangan dalam kalangan netizen Malaysia terhadap keadaan gajah serta habitatnya yang dilihat tidak memuaskan.

Susulan itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tampil menggesa Zoo Taiping dan Night Safari agar mempertimbangkan untuk membawa pulang Dara, Amoi dan Kelat ke tanah air.

Dara Amoi Kelat

Datuk Seri Wan Rosdy dalam satu kenyataan semalam berkata, sekiranya usaha membawa pulang ketiga-tiga gajah itu direalisasikan, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Temerloh dilihat sebagai lokasi yang sesuai untuk penempatan dan habitat mereka.

“Kuala Gandah mempunyai kepakaran serta persekitaran yang lebih kondusif untuk pemuliharaan dan penjagaan gajah khususnya dari segi interaksi sosial, ruang pergerakan dan kesejahteraan psikologi haiwan,”– katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk Seri Arthur Joseph Kurup juga mengatakan cadangan tersebut wajar dipertimbangkan bagi memastikan kebajikan haiwan berkenaan terpelihara.

684574874 1340182924597847 1542513542861810668 N

Menurutnya, perhatian serius diberikan selepas beberapa rakaman dan gambar tular mencetuskan kebimbangan serta perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.

Sebagai makluman, Dara, Amoi dan Kelat sebelum ini berada di bawah jagaan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, sebelum dihantar ke Osaka, Jepun pada Mac lalu.

Sumber: Harian Metro 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.