in

“Takut Nak Mengandung Lagi” – Wanita Alami Alahan Teruk Semasa Hamil, Muka Kedut Macam Orang Tua

Feat Muka Final Ya Allah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerap kita dengar para wanita mengalami alahan semasa pembawakan budak. Alahan yang dialami termasuklah morning sickness, tidak tahan bau perfume atau tubuh badan seseorang malah ada juga yang mengidam sesuatu yang tidak masuk akal.


Namun, lain pula alahan yang dialami oleh seorang wanita yang tular di laman Facebook baru-baru ini.

Menurut perkongsian Nur Azs di laman Facebook miliknya, wanita ini telah menceritakan pengalaman yang telah ditempuhinya setahun lalu semasa hamil. .

Fb Muka Post Betul 1

 

Wajah bengkak, kedut dan hitam

Wajahnya yang dahulu normal mengalami perubahan drastik apabila mengandungkan cahaya mata sulungnya itu.

Wajahnya mula membengkak dengan agak teruk. Bukan itu sahaja, bengkak-bengkak tersebut turut menampakkan wajahnya berkedut-kedut seperti orang tua.

Dia sendiri berasa terkejut dengan perubahan mendadak tersebut kerana belum pernah mengalaminya sebelum ini.

Menurutnya lagi, kulitnya juga turut berubah menjadi hitam dan tubuhnya pula penuh dengan alergik.

Bengkak, kedut dan hitam. Badan penuh alergik. Gambar pakai filter, hitam hilang. Bengkak tetap ada.

Feat Fb Muka 0

Feat Fb Muka

 

Takut nak mengandung lagi

Nur Azs mengakui bahawa dia tidak lari daripada dihina segelintir masyarakat disebabkan kondisi alahan yang dialaminya itu. Namun, ada juga yang memahami dengan dugaan yang dihadapinya itu.

Dia juga turut berasa malu untuk berjumpa dengan orang disebabkan perubahan wajahnya yang tak ubah seperti orang tua namun masih bersyukur kerana perubahan yang dialami nya itu hanyalah bersifat sementara.

Wanita ini bersyukur keadaan wajahnya kini semakin pulih seperti sediakala. Bukan itu sahaja, dia turut melafazkan rasa terima kasih di atas pengorbanan suaminya yang tidak pernah lekang memberinya semangat dan aura positif sewaktu hamil.

Dia bersyukur dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel walaupun berseloroh dengan mengatakan “Mama sampai takut nak mengandung lagi”.

Fb Muka

 

Cantik baby sisNetizen

Postingan yang dimuat naik oleh wanita ini sejak dua hari yang lalu telah berjaya mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan wanita ini yang sememangnya tabah dalam menghadapi dugaan semasa fasa kehamilan tersebut.

Tak kurang juga ada yang memuji bayi yang dilahirkan oleh wanita ini amat comel.

Fb Muka Anak

Seri ibu dah diambil baby katanya.

Terdapat juga netizen yang turut berkongsi pengalaman sama yang dihadapi oleh mereka semasa dalam tempoh kehamilan.

Fb Semangat

Fb Semangat 1 1

Fb Sama

Fb Sama 1

Boleh share juga apa pengalaman anda waktu hamil dulu. 

Baca: Kenapa bini alah, husband pun alah sama! Netizen Kesian Tengok Aeril Zafrel Muntah-Muntah Gara-gara Wawa Zainal Hamil!Baca Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.