in

“Takkan nak tunggu nasi jadi bubur?” – Dr Hisham Ramal Kes Akan Meningkat Lebih 4,500 Sehari Kalau Tak Dibendung

Drhisham 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari, situasi Covid-19 di Malaysia dilihat semakin teruk. Kerana itu, penting untuk kita semua bekerjasama bagi memutuskan rangkaian pandemik ini kalau kita tak nak kadar jangkitan mencapai tahap yang tak boleh dikawal.


Dalam satu posting di Facebook rasminya, Ketua Pengarah KKM Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah kongsikan infografik menunjukkan tiga senario situasi Covid-19 pada penghujung Oktober ini.

Kalau korang nak tahu, kadar jangkitan wabak ini diramalkan menggunakan nilai R0 (disebut R-naught). Untuk masa sekarang, nilai R0 di Malaysia adalah pada kadar 1.8 ini bermakna, seorang pembawa jangkitan boleh menyebarkan virus kepada 1.8 orang.

120591568 3720095248014336 8426209358304814140 O

Dalam grafik dekat atas ni, korang boleh tengok pada bahagian yang berwarna merah jambu menunjukkan kes boleh meningkat sehingga lebih 4,500 sehari kalau nilai R0 meningkat kepada 2.2 manakala pada bahagian warna merah pula menunjukkan kes boleh mencecah 1,500 kes sehari kalau nilai R0 1.5.

Pun begitu, kalau kita berjaya turunkan nilai R0 kepada 0.3, bahagian berwarna biru meramalkan kes Covid-19 boleh kekal di bawah 500 kes sehari.

Tapi, kalau kita tak ambil serius tentang penyebaran virus ini dan nilai R0 meningkat hingga 2.2, jumlah keseluruhan kes di negara ini boleh mencapai ke lebih 20,000 kes dan ribuan orang boleh dijangkiti setiap hari.

120629991 3711971455493382 8833169027906404630 O

Ekoran ini, sekali lagi Dr Hisham meminta rakyat Malaysia untuk saling bekerjasama bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Kita nak berada di mana, kita perlu buat keputusan sama ada nak bekerjasama dan bersatu padu dan menjadi kuat untuk melawan musuh kita atau teruskan menangis bila nasi dah jadi bubur.

“Frontliners telah pun turun padang dengan keringat dan tangisan mereka.”

Ada betulnya apa yang Dr Hisham cakap, kalau sebelum ni kita boleh flatten the curve, tak mustahil sekarang ni kita boleh buat lagi.

 

Baca: “Ahli politik buat hal rakyat pulak kena?” – Kes Naik Mendadak, Dr Hisham Minta Duduk Rumah Kalau Tak Ada Urusan

Screenshot 2020 10 07 At 12.54.29 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.