in

Takbir Raya & Solat Sunat Aidiladha Di Masjid & Surau Di Negeri Fasa 2 PPN Dibenarkan

Sop Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh seluruh umat Islam di negara ini esok merupakan perayaan Hari Raya Haji kali kedua semasa pandemik Covid-19 melanda negara.


Namun, untuk mereka yang berada di negeri yang sudah beralih ke Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN), raya kali ini bakal lebih bermakna apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan pelaksanaan takbir hari raya serta solat sunat berjemaah di masjid dan surau.

Masjid

Menurut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MKN, kesemua negeri yang terlibat dibenarkan untuk melakukan solat sunat Aidiladha secara berjemaah serta khutbah Aidiladha pada esok, menurut SOP yang ditetapkan.

Menurut kemaskini di laman web agensi berkenaan, difahamkan selain perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan agensi keselamatan negara terbabit, garis panduan yang telah diwartakan oleh pihak berkuasa negeri masing-masing juga haruslah dipatuhi, contohnya penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan pematuhan SOP lain.

Setakat ini, hanya 8 buah negeri telah berpindah ke Fasa 2 PPN iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

MKN juga memaklumkan bahawa pihak pengurusan masjid perlu membuat penandaan jarak antara setiap jemaah dengan selang jauh sekurang-kurangnya satu meter selain menyediakan kauter di pintu masuk bagi melakukan pemeriksaan suhu badan serta pendaftaran kehadiran jemaah.

718125

“Hanya jemaah yang sihat dan tidak bergejala sahaja akan dibenarkan masuk”

Menurut kenyataan MKN lagi, hanya mereka yang tidak bergejala dan sihat dibenarkan masuk selain pintu masjid atau surau hanya dibenarkan buka sejam sebelum solat dan ditutup sebaik sahaja selesai ibadah sunat berkenaan.

Dalam masa yang sama, jemaah turut diingatkan supaya tidak bersalaman, berpelukan atau bersentuhan selain digalakkan untuk membawa sejadah sendiri dan sudahpun mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid atau surau.

MKN turut mengingatkan supaya tiada aktiviti perkumpulan dibenarkan sebelum dan sesudah selesai solat sunat dan khutbah. Majlis jamuan selepas solat juga tidak dibenarkan.

Begitu juga aktiviti ziarah ke rumah keluarga dan saudara mara, mengunjungi tanah perkuburan, mengadakan rumah terbuka atau jamuan turut berada dalam senarai aktiviti yang tidak dibenarkan pada SOP perayaan Aidiladha tahun ini.

Namun, difahamkan, aktiviti korban haiwan pada tahun ini adalah dibenarkan dan ianya mengikut ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Apa-apa pun, pastikan jangan langgar SOP lah semasa beraya tu… 

Baca : Solat Sunat Aidiladha Di Selangor Boleh Diadakan Di Masjid Tapi Terhad Kepada 50 Jemaah Sahaja

Capture 1 1

Sumber: BH
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.