in

Solat Sunat Aidiladha Di Selangor Boleh Diadakan Di Masjid Tapi Terhad Kepada 50 Jemaah Sahaja

3Solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada Selasa depan bersamaan 20 Julai 2021. Berikutan negara kita masih dalam pandemik Covid-19, ada beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi bagi menyambut perayaan ini.


Screenshot 2021 07 17 At 3.22.47 Pm

Terkini, Selangor telah membenarkan Solat Sunat Aidil Adha diadakan di masjid dengan kehadiran tidak melebihi 50 orang jemaah. Memetik laporan Berita Harian, perkara itu telah dimaklumkan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menerusi hantaran Facebook-nya.

Screenshot 2021 07 17 At 3.22.56 Pm

Mohd Zawawi turut memaklumkan kebenaran kepada surau Solat Jumaat untuk mengadakan Solat Sunat Aidil Adha dengan kapasiti 40 jemaah termaksuk pentadbir. Tambah beliau lagi, pentadbir masjid dan surau yang mendapat kebenaran hanya dibenarkan menjemput jemaah yang merupakan kariah dan sudah melengkapkan 2 dos suntikan vaksin.

Untuk keterangan dalam bentuk infografik, sila rujuk hantaran Facebook Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di bawah.

Screenshot 2021 07 17 At 3.19.57 Pm Screenshot 2021 07 17 At 3.20.09 Pm Screenshot 2021 07 17 At 3.20.20 Pm Screenshot 2021 07 17 At 3.20.29 Pm Screenshot 2021 07 17 At 3.20.39 Pm

 

Baca: Ada 2 Sesi Solat,  Perlis Benarkan Solat Sunat Aidiladha Di Tanah Lapang

Screenshot 2021 07 17 At 3.20.51 Pm

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.