Setelah hampir sebulan terpalit kontroversi melibatkan dirinya dan juga bekas teman wanita, Kim Seon Ho masih lagi mengambil langkah dengan mendiamkan diri sehingga ke hari ini walaupun segala kebenarannya telah didedahkan oleh Dispatch.
Selepas kebenaran terjawab, Kim Seon Ho kini sedang mendahului dalam kategori ‘Popularity Award’ bagi Asia Artist Award (AAA) 2021. Terkini, pihak penganjur memaklumkan bahawa Kim Seon Ho memperoleh undian sebanyak lebih dari 530,000.
Dia yang kini berada di tempat pertama diikuti dengan pelakon dan juga idol dari kumpulan Astro iaitu Cha Eun Woo dengan undian lebih dari 444,000.
Pada tahun lalu, Kim Seon Ho berjaya memenangi kategori ‘Emotive Award’ selepas kejayaannya menerusi drama Start-Up lakonan bersama Bae Suzy dan Nam Joo Hyuk. Nama Kim Seon Ho juga mula melonjak naik melalui wataknya sebagai Han Ji Pyeong dalam drama tersebut.
Walaubagaimanapun, peminat masih lagi tertanya-tanya adakah dia dapat hadirkan diri di Asia Artist Award 2021 disebabkan kontroversinya kerana Kim Seon Ho dilihatkan mempunyai peluang besar untuk memenangi kategori tersebut.
Sebagai tambahan, Kim Seon Ho mula diterima semula oleh peminat lagi-lagi peminat dari Korea Selatan selepas terbukti dirinya tidak bersalah sepenuhnya. Bahkan dia mula mendapat semula kontrak pengiklanan yang melibatkan dirinya.
Bukan itu sahaja, ramai turut inginkan Kim Seon Ho untuk mula berlakon semula dan dia dijadualkan akan memulakan penggambaran untuk projek lakonannya pada tahun 2022.
Sama-sama kita tunggu update tentang Kim Seon Ho oppa ni okay? Min pun tak sabar nak tunggu watak apa pula dia nak bawa lepas ni…
Baca: “Tak suruh gugurkan pun!”- Dispatch Dedah Kisah Disebalik Isu Kim Seon Ho & Ex-GF