in

Tak Tahu Nak Masak Apa Waktu Sahur? Ini 7 Resepi ‘Overnight Oats’ Boleh Anda Cuba

Feature 3 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari keenam kita berpuasa di bulan Ramadan. Mesti ada antara korang yang mungkin dah buntu tak tahu nak makan apa untuk bersahur. Takkan nak minum air je kan.


Jadi, kali ini, kami nak kongsikan dengan anda tujuh resipi overnight oats. Memang senang buat ni sebab cepat dan yang paling best, sihat dan mengenyangkan. Bangun pagi nak sahur boleh terus bukak peti ais dan ngap oats ni. 

#1 Overnight Oats Nutella

Untuk korang yang suka makan benda manis, yang ni memang sesuai. Menurut Real House Moms, kita hanya perlukan rolled oats, susu, Nutella dan kacang pilihan macam hazelnut atau pumpkin seeds pun boleh.

Cara-caranya pun senang je. Mula-mula, kacau sebati Nutella dalam susu. Lepas tu, tuang susu nutella tadi ke dalam bekas yang berisi rolled oats dan boleh taburkan dengan kacang kesukaan korang atau nak letak granola bars pun boleh.

Oats 2

Boleh juga letakkan pisang yang dipotong kecil-kecil dalam hidangan ni. Jangan lupa simpan dalam peti sejuk semalaman tau.

#2 Overnight Oats Epal 

Yang ni paling senang sebab epal boleh didapati di mana-mana kedai berhampiran korang. Bahan yang diperlukan adalah rolled oats, susu, epal dan kismis.

Korang hanya perlu tuang susu ke dalam bekas rolled oats dan kemudian masukkan epal dan kismis sebagai topping. Masukkan dalam peti ais dan dah siap! Tunggu bangun sahur je.

#3 Overnight Oats Blueberries 

Untuk resipi ni pulak, bahan dan caranya sama je macam overnight oats epal tadi. Cuma perlu gantikan epal dengan buah beri biru. Ada yang kata kalau nak lagi sedap, kita kena guna frozen bluberries. Nak tahu sedap ke tak, kena lah cuba sendiri.

Oat 2

Jangan lupa letakkan kismis atau kacang sebagai topping.

#4 Overnight Oats Peanut Butter 

Untuk flavour ni pula, kita perlukan rolled oats, susu biasa atau almond milk, mentega kacang dan chia seeds. Pertama sekali, campurkan susu pilihan korang dengan peanut butter dan kacau sebati. Kemudian, tuang campuran susu tu ke dalam oats. Menurut Minimalist Baker, kita kena tekan-tekan oats tu sikit dengan sudu supaya susu tu meresap dalam oats.

Taburkan chia seeds di atasnya sebagai pelengkap.

#5 Overnight Oats Strawberry Shortcake 

Untuk penggemar buah strawberi, yang ni memang wajib dicuba. Antara bahan yang diperlukan ialah rolled oats, yogurt strawberi, susu dan buah strawberi yang dipotong kecil. Menurut laman web chocolatecoveredkatie, kita boleh guna coconut milk atau krimer bukan tenusu untuk ganti susu tadi.

#6 Overnight Oats Kacang 

Siapa yang suka makan kacang boleh lah cuba oats ni. Selain rolled oats dan susu, kita perlukan pelbagai jenis kacang kegemaran. Antaranya kacang hazel, badam atau kepingan almond dan pumpkin seeds. 

Oats 3

#7 Overnight Oats Coklat 

Yang ni pulak akan memikat selera anak-anak untuk makan sebab siapa je yang tak suka coklat kan? Menurut resipi dari Kirbiecravings, rolled oats, serbuk koko, susu rendah lemak, 1 atau 2 sudu madu untuk sedikit rasa manis dan chia seeds sebagai topping adalah antara bahan yang diperlukan. Kacau kesemua bahan bersama dan masukkan ke dalam bekas.

Oats 1

Tips: Kalau tengah diet, boleh guna susu rendah lemak untuk buat overnight oats. Boleh juga tambahkan yogurt pilihan masing-masing ke dalam oats. Berapa banyak bahan nak masukkan pun terpulang pada korang sebab mak-mak kita kan suka guna cara agak-agak je ketika memasak.

Kesemua resipi overnight oats ni boleh diolah ikut cita rasa masing-masing. Yang paling penting, sedap dan kenyang. 

Sumber: chocolatecoveredkatie, Minimalistbaker, Living Lou, realhousemoms, Rasa, kirbiecravings

Baca: Murah, Jimat & Sedap! Ini Resipi Almond Milk Yang Korang Boleh Campur Dengan Kurma Waktu Sahur Nanti

Oat

Sumber: Rasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.