in

Murah, Jimat & Sedap! Ini Resipi Almond Milk Yang Korang Boleh Campur Dengan Kurma Waktu Sahur Nanti

Susualmond 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan puasa dah menjelang tiba, pasti ramai antara korang sekarang ni dah mula terfikir-fikir menu berbuka untuk hari ini.


Sahur pula pasti ramai yang akan minum susu dengan kurma untuk tahan lapar lebih lama, biarpun sekarang ni dah bermacam-macam produk susu komersial di pasaran banyak menghasilkan susu kurma untuk kemudahan kita, lebih enak dan sedap lagi kalau kita buat sendiri.

Tapi, kalau ada antara korang yang tengah gunakan kesempatan bulan Ramadan ini untuk diet, lebih elok susu putih tu gantikan dengan susu badam masa sahur, mahal? Meh, Noraini Abd Samad cara nak buatnya, mudah je, jimat dan lagi sedap!

 

Rasanya lemak-lemak manis almond dan sedikit berkrim. Tak muak”

Susualmond

Kalau korang beli di pasaraya, harganya agak mahal, malah rasanya juga kurang berkrim, berbanding dengan kita buat sendiri.

“Pernah dengar susu badam (almond milk)? Nak buat pun senang sangat! Bahan pun dua je. Boleh follow step-by-step melalui gambar di bawah.”

“Rasanya lemak-lemak manis almond dan sedikit berkrim. Tak muak. Sedap diminum begitu saja ataupun dimasukkan ke dalam adunan kek, biskut dan roti untuk rasa badam yang lebih mewah.”

Selain itu, khasiat pun banyak, malah kalorinya lebih rendah berbanding dengan susu lembu. Shahida akan gunakan menu ini untuk bersahur dan dicampur dengan kurma.

Kenyang pun kenyang, sedap pun sedap! Shahida selalu gunakannya untuk waktu sahur.

“Kalori susu almond sangat rendah berbanding susu lembu dan susu kambing. Maka sesiapa yang dalam proses nak achieve ideal body weight ramai yang terjatuh cinta dengan almond milk. Khasiat pun banyak.”

Saya suka guna almond milk bila buat overnight oat dan smoothies. Makan waktu breakfast, masak, ataupun bila-bila masa yang sesuai.

Nak jadikan sebagai creamer untuk apa-apa jenis minuman pun boleh. Non-dairy, plain without refined sugar, definitely a healthy yet delicious substitute!

Silakan #share supaya kawan-kawan lain pun boleh try juga.

Jemput #follow dan set see first.
Saya invent dan menulis resepi sihat yang sedap serta info-info pemakanan sihat.

Noraini Abd Samad
Loves to create food and shooting it.

 

200 g badam mentah & 4 cawan air mineral/tapis

50794607 10205811781209769 8621157239010361344 N

Bahan-bahan:

200 g badam mentah (raw almond)
4 cawan air tapis atau air mineral atau air masak. Mana-mana pun takpe.

Cara-cara:

1. Rendam badam satu malam. 4 hingga ke 6 jam dah mencukupi.

Rendam semalaman, basuh esoknya

50675863 10205811781409774 6010019493311414272 N

Esok paginya kena buang air rendaman tu. Kenapa? Sebab dalam tu dah ada phytic acid. Lain kali je lah kita cerita topik tu. Sekarang kita fokus pada almond yang kita dah rendam malam tadi.

2. Tapis almond dan basuh lagi dengan air tapis. 

Kalau kau orang nak buang kulit almond tu pun boleh. Taknak buang pun takpe.

 

Blend sampai lumat 

50549174 10205811781649780 427812144642260992 N

3. Masukkan 4 cawan air tapis dan almond yang dah direndam tu ke dalam blender. 

4. Blend sampai lumat almond tu. Masa ni kau orang akan teruja bila nampak warna jernih air bertukar jadi putih susu! Tapi untuk first timer je la kihkih. ‘Dah jadi almond milk aku ni.’ (Bolehla tepuk bahu sendiri).

Berapa lama nak blend? Sampai kau rasa almond tu lumat.

 

Tapis almond guna nut milk bag

50502889 10205811781889786 929265953160560640 N

50815293 10205811848331447 5067490874414333952 N

5. Tapis almond guna nut milk bag. Saya pakai penapis teh je sebab dah siap ada pemegang dawai tu. 

Tapi sebaiknya jangan guna penapis yang sama dengan teh. Sebab takut rasa bercampur walaupun dah basuh! Kang ke laut pulak rasa almond milk korang tu nanti.

6. Perahla. Dah namanya susu mesti kena perah woih.

 

Kalau korang nak berlemak sikit, boleh tambah garam…Habiskan dalam masa 4 hari!

50491121 10205811782369798 5793344509261643776 N

Tadaaaa! Siap dah almond milk korang. Senang sangat nak buat. Tanpa pengawet, perisa tiruan dan pewarna. Dan pastinya lebih pekat rasa almond berbanding susu almond yang kita beli di kedai. Cuba tengok label bila beli almond milk, berapa peratus almond yang dimasukkan dalam sebotol/ sekotak susu tu? Usually less than 10 %. Selebihnya air dan bahan pengawet.

7. Kalau korang nak berlemak sikit, boleh tambah garam.

8. Kalau nak susu perisa vanilla, tambahla dengan ekstrak vanila.

9. Nak perisa coklat, tambah pure cocoa powder.

10. Strawberry pun boleh. Blend aje buah tu, tapis masuk dalam almond milk.

11. And last but not least, tambahkan pemanis yang korang suka.
– Madu? Stevia? Coconut sugar? Dates? Ikut suka korang. My preference is always date nectar (pemanis kurma)

P/s:
i) Sila habiskan susu almond ni dalam tempoh 4 ke 5 hari. Disebabkan kita tak letak sebarang pengawet, susu ni tak mampu tahan lama walaupun dalam peti sejuk.

ii) Lepas simpan dalam peti sejuk, pemisahan air dan larutan kacang badam adalah perkara biasa. Puncanya sebab kita tak letak stabilizer. Susu almond yang dijual di luar dimasukkan dengan stabilizer. Sebab tu pemisahan ni tak berlaku. Untuk homemade almond milk, bila kita nak minum, hanya perlu goncang sahaja. Rasanya tetap sama.

 

 

Lepas tapis akan ada serbuk almond ni. Boleh keringkan dan jadikan tepung.

50314418 10205811785009864 4144091335479001088 N

12. Lepas tapis akan ada serbuk almond ni. Boleh keringkan dan jadikan tepung. Tepung tu korang boleh buat waffle, pancake (lempeng) ataupun apa-apa jenis dessert. 

13. Boleh juga dijadikan sebagai healthy granola bar recipe. Ataupun base cheesecake. Dan banyak lagi sebenarnya kegunaan serbuk almond ni. 

Siapa cakap healthy food ni tak sedap? 
InsyaAllah kalau selalu bereksperimen dengan bahan semulajadi kat dapur, dan kena dengan cara yang betul, anak-anak kecil pun akan jatuh cinta dengan healthy food compared to store-bought food.

Stay tune untuk next recipes.

Silakan #share supaya kawan-kawan lain pun boleh try juga.

Jemput #follow dan set see first.
Saya invent dan menulis resepi sihat yang sedap serta info-info pemakanan sihat.

Mudah betul cara nak buatnya, bila dah perah boleh pula jadi sumber makanan lain. Admin harap misi korang untuk turunkan berat badan bulan puasa ni berjaya.

 

Baca : WTF! Pakcik Delivery Ratah, Susun Balik Makanan Sebelum Hantar Kepada ‘Customer’

Pakcikdelivery

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.