Atlet Muay Thai sensasi, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, kini menjadi perhatian di media sosial berikutan kenyataan terbuka mengenai golongan yang mengalami masalah berat badan berlebihan.
Beliau menegaskan bahawa pandangan tersebut bukanlah bertujuan untuk menghina secara membuta tuli, sebaliknya satu bentuk kritikan terhadap tahap disiplin kesihatan masyarakat.
Artikel berkaitan: “Dia baru umur 8 tahun” – Kawan Sekolah Panggil Anak Gemuk, Norreen Beri Nasihat Kepada Ibu Bapa
Artikel berkaitan: Pulau Pinang Catat Kadar Obesiti Lebih Tinggi Dari Purata Nasional
View this post on Instagram
Berdasarkan Usaha dan Kesedaran
Menerusi hantaran di Instagram, Jojo menjelaskan terdapat perbezaan ketara antara dua kategori individu overweight iaitu individu yang mempunyai kesedaran dan sedang berusaha keras untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Manakala yang kedua ialah individu yang bersikap acuh tidak acuh dan tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menjaga kesihatan diri.
Beliau mengakui cenderung memberikan persepsi negatif terhadap golongan yang tidak mempedulikan kesihatan, dengan mengaitkan keadaan fizikal tersebut kepada kurangnya disiplin, kawalan diri, serta sikap malas.
“Dunia ini kejam dengan orang gemuk. Setiap kali lihat orang gemuk, saya akan kata diri mereka pemalas. Mereka tidak berdisiplin dan tidak tahu kawal diri mereka, saya pasti akan menilai.
Berbeza dengan tanggapan apabila saya lihat orang kurus. Saya tidak pasti ada yang bersetuju atau tidak dengan pandangan saya ini.
Saya juga masih ramai kawan-kawan yang gemuk tetapi 90 peratus daripada mereka adalah golongan gemuk pertama yang saya cakap iaitu berusaha amalkan gaya hidup sihat.
Saya kalau makan makanan tidak sihat, tidur lambat atau sebagainya, saya tahu apa yang perlu buat selepas itu. Saya perlu jogging lebih sikit,” katanya.
Perbandingan Gaya Hidup Malaysia-Jepun
Dalam perkongsian yang sama, Jojo turut membandingkan amalan kesihatan di Malaysia dengan negara Jepun. Beliau menyifatkan masyarakat di sana lebih aktif dan mengamalkan diet yang lebih seimbang, sekali gus menjadikan masalah obesiti sesuatu yang jarang ditemui. Menurut beliau, rakyat Malaysia perlu mempertingkatkan kualiti hidup kerana tubuh yang sihat merupakan pemangkin kepada kecerdasan minda.
Walaupun menyedari kenyataannya yang berbunyi, “Orang gemuk patut masuk penjara,” bakal mengundang kecaman hebat, Jojo tetap dengan pendiriannya. Beliau berpendapat bahawa sebagai seorang figura awam yang mempunyai pengaruh besar, beliau bertanggungjawab untuk menyuarakan pendapat peribadinya secara telus demi kebaikan masyarakat.
Sumber: Instagram
