in

Tak Semudah Yang Disangka, Peminat Matematik Ambil Masa 24 Jam Untuk Selesaikan Formula 1+1

F4 Fm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Soalan Matematik yang paling senang dalam dunia ini sudah tentulah apabila kita kena tambah atau tolak sesuatu nombor. Sebab ini lah operasi tambah dan tolak merupakan perkara paling asas yang diajar ketika kita sekolah rendah dahulu.


Namun, ianya tak semudah yang disangka sebab dua orang individu yang meminati Matematik baru-baru ini telah mengambil masa selama 24 jam untuk menyelesaikan formula Matematik 1+1.

Memetik laporan Oddity Central, dua orang individu tersebut yang dikenali sebagai Hanao dan Dengan telah berkongsi video mereka menyelesaikan formula Matematik itu menerusi YouTube mereka.

Mesti anda semua pelik kenapalah mereka susah-susah nak selesaikan formula Matematik 1+1 ni sedangkan kita semua tahu apabila 1 tambah dengan 1, jawapannya ialah 2.

Mereka berdua ini sebenarnya nak buktikan bahawa 1+1 memang jawapan muktamadnya 2 dan untuk itu, mereka akan menggunakan formula-formula Matematik lain yang ada termasuklah formula fizik untuk membuktikannya.

13

Antaranya, mereka menggunakan formula ‘trigonometric functions’, ‘infinite series’, ‘thermodynamics’ dan ‘electromagnetism’.

Dapat dilihat dalam ruang di mana kedua-dua peminat Matematik ini selesaikan soalan tersebut, dinding dan lantainya telah dipenuhi dengan kertas yang digunakan untuk menulis formula dan pengiraan Matematik.

14

Sebelum tempoh masa 24 jam tamat, akhirnya kedua-dua peminat Matematik ini telah menemui jawapan muktamad kepada soalan 1+1 dan jawapannya tetap 2…

Sumber: Oddity Central

Baca: 14 Filem Hebat Tentang Manusia Genius Yang Boleh Anda Tonton di Hujung Minggu 

12

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.