in

“Tak sempat selamatkan hantaran” – Majlis Bertunang Bertukar Tragedi, Rumah Hangus Terbakar Sejam Sebelum Pertunangan

Fire Fire

Siapa sangka majlis yang sepatutnya menjadi hari indah buat bakal pengantin akhirnya bertukar tragedi selepas sebuah rumah dilaporkan hangus terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, Batu Pahat.

Menurut Harian Metro, saksi kejadian, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata, kebakaran berlaku sekitar jam 1.20 petang dan majlis pertunangan itu dijangka berlangsung pada 2.30 petang.

Bakar

Kebetulan saya hadir ke rumah berkenaan untuk bertugas sebagai jurugambar majlis pertunangan itu dan saya lihat sendiri api marak membakar rumah berkenaan begitu cepat.

“Keadaan ketika itu agak kelam-kabut kerana ahli keluarga berkenaan tidak sempat menyelamatkan barang hantaran pertunangan termasuk pakaian, peralatan elektrik serta dokumen penting di dalam rumah,” katanya.

Tambahnya lagi, ada juga di kalangan ahli keluarga yang pengsan dan melecur kerana ingin menyelamatkan kereta yang diparkir di kawasan berdekatan dan ada juga yang cedera akibat terpijak kaca. Allahu kesiannya… 

Kebakaran tersebut dipercayai berlaku akibat litar pintas di bahagian dalam rumah dan oleh kerana rumah berstruktur separa batu dan kayu, ia menyebabkan kebakaran cepat berlaku.

165211685 3069505546709139 9008253295879959421 N

165897053 3069505576709136 607841881745948248 N

Walau bagaimanapun, mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan ahli keluarga serta tetamu yang hadir kira-kira 100 orang berjaya selamatkan diri.

Menurut jurucakap  Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor, kebakaran itu memusnahkan hampir 80 peratus rumah berkenaan dan sebuah motosikal turut musnah dijilat api.

“Seramai 22 anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penggaram dan Yong Peng dihantar ke tempat kejadian.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta operasi ditamatkan pada jam 3.34 petang,” katanya.

Rata-rata netizen yang melihat video tragedi berkenaan yang tular di Facebook sangat bersimpati dan mendoakan semoga ahli keluarga yang terlibat bertabah dengan ujian yang menimpa.

Rumah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsungBatu Pahat: Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, March 28, 2021

 

Semoga bakal pengantin dan ahli keluarga sabar dengan dugaan yang menimpa. 

Baca: “Habis rumah sebijik” – [Video] Budak 6 Tahun Main Pemetik Api Milik Ayah, Habis Terbakar Satu Rumah

Hangus

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook